Skuad Perodua Era di UTeM

Monday, March 8, 2010 at 4:18 PM

tadi masa panda nak balik rumah, panda singgah la kejap kat PPP (Pusat Perkhidmatan Pelajar). sebenarnya nak pergi Koperasi pun nak beli jajan (keropok) dengan air. masa nak pergi PPP tuh awal-awal lagi dah nampak skuad perodua Era dah sampai cuma tak tau kat area mana dia lepak kan.. bila dah park kereta jer, apa lagi, pergi cepat-cepat kat koperasi sebab dah haus sangat.. haha.. masa lepak dalam tuh la (sebab ada air-cond) tuh ternampak skuad Era ada. 2 kereta. diorang nih pasang musik, perghh agak kuat juga la.. haha..

so.. kalau ikut cadangan hati nurani panda yang agak besar ini teringin gak nak dapatkan free gift. tapi abang-abang Era tuh lepak kemain lama.. dia lepak jer.. bukan nak keluarkan gift ke hape... so apa lagi, hari dah la panas.. dah beli air.. dah beli jajan.. terus je blah.. penat jer menunggu.. haha.. bengong sungguh orang-orang itu. jam berapa tah dia nak open panda sendiri pun tak tau.. so kepada kawan-kawan kat luar sana tuh, kalau skuad perodua Era sampai korang punya Universiti/Kolej jangan layan.. hahaha.. padan muka :p

slow la diorang nih.. dah la panas. kalau boleh bagi la gift nih sementara orang tak ramai. kalau tunggu ramai-ramai.. pergh.. basah la kot.. dah la panas.. berasak-asak dengan orang yang mandi pagi tadi jer.. oh sorry la.. bau korang tersangat la wangi.. hahaha.. better blah dari dapat gift.. (walaupun agak kempunan) hahhaa.. ok la.. ini je la pun panda nak share.. nanti panda nak update tentang apa yang berlaku semasa panda jadi fasilitator kat SMT Bukit Katil pada hari Sabtu lepas.. jumpa malam nanti.. adios~

6 comments

  1. Tak payah tunggu.. budget je diaorang nie ..huhu :-)

  2. Si Panda Says:

    @zikr: itu la.. buang masa je kalau tunggu tadi.. hahaha.. baik balik rumah.. rehat.. lagi bagus..

  3. ?bile mase skuad era datang????xpasan pun

  4. Si Panda Says:

    @EV: ada la.. kol 2 lebih.. time semua orang ada kelas.. selamat la aku takda kelas petang.. hahahaha..

  5. chokilala Says:

    nape xbgtau aku!

  6. Si Panda Says:

    ko suka ke benda-benda macam nih izah?? time tuh aku rasa ko dah balik dah.. hahaha.. so.. ko takkan rajin nak gi sini :p

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by SiPanda | XML Coded By SiPanda.com and CahayaBiru