Avatar - The Last AirBender

Saturday, August 7, 2010 at 1:33 PM

hai muncul kembali :D ok kali nih nak review sikit pasal The Last AirBender yang baru jer panda tengok semalam.. best giler.. aang si budak botak a.k.a last airbender muncul semula selepas hilang tertimbun dalam bola ais gara-gara melarikan diri dari upacara menjadi avatar. bila dia dah muncul semula, dan dia pulak balik ke kampung Air Nation tapi takda seorang pun yang tinggal. semua dah kena bunuh dengan Fire Nation. ala.. sape-sape yang tengok kartun Avatar tuh mesti tau jalan cerita nih.. hehehe.. sama jer..

ok, movie nih pada awalnya memang slow sikit la.. then ada la sikit part lawak. time katara baru belajar kawal air. time tuh la dia terbekukan orang lain.. hahaha.. tapi lama-lama bila dia pergi ke North Water Nation barula dia boleh kawal water element dengan cantik. then aang belajar water element dan last sekali aang halau semua tentera fire nation yang datang ke Water City dengan kuasa air yang sangat besar :D macam pencerita pulak.. haha

panda memang tak reti bercerita. so ini jela kot sedikit review.. papehal memang best.. nak tau lebih pasal cerita nih? pergi la tengok cerita kartunnya.. hehe.. masuk laman web movie nih di link bawah nih..

http://www.thelastairbendermovie.com/

dan sesiapa yang giler nak main game avatar, facebook application pun ada.. cek link bawah nih..

http://apps.facebook.com/becometheavatar

*image credit to Google

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by SiPanda | XML Coded By SiPanda.com and CahayaBiru