Pertemuan dengan blogger di Dataran Pahlawan

Saturday, March 27, 2010 at 10:38 AM
hello kawan-kawan.. dah lama tak menulis kat blog nih.. actually panda sedikit kurang sihat la.. demam.. batuk dan selsema.. waa terseksa jugak la.. huhu.. batuk kering pulak tuh.. sekali batuk berdarah.. aiyak... mentang-mentang banyak darah dalam badan nih..huhuhu.. ok.. cuma entry kali nih nak bagi tau la sikit pasal perjumpaan blogger di Melaka pulak yang dikelola oleh bro Zool..
Tarikh : 28 Mac 2010 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dataran Pahlawan / Depan A Famosa
 so siapa-siapa yang boleh join tuh datangla beramai-ramai ok.. support abang zool kita... hehehehe.. jumpa nanti di entr yang formal ok.. bye...

Bayi-bayi aneh dan unik didunia

Friday, March 19, 2010 at 11:32 PM
panda back dengan sesuatu yang baru.. ya memang baru.. kali nih kita lihat pulak bayi yang pelik dan unik.. kalau entry sebelum nih panda bercerita pasal ibu-ibu yang unik.. kali nih anak-anak pulak yang unik.. panda suka benda yang unik.. hehehe.. so tanpa membuang masa jom baca seterusnya entry nih..

1. Bayi terkecil didunia

24 Oktober 2006 mencatatkan sejarah dengan kelahiran bayi terkecil didunia.. seorang bayi bernama Amilia Taylor telah dilahirkan pada usia kandungannya 21 minggu 6 hari.. tidak pernah ada bayi yang hidup selepas lahir kurang dari usia 23 minggu tetapi Amilia yang hanya memiliki berat 1 kg boleh lahir dengan sempurna. Amilia juga boleh bernafas sendiri tanpa menggunakan alat pernafasan dan pernah juga dia cuba untuk menangis.

2. Bayi 20 kg

Bayi ini lahir di Iran dimana usianya 7 bulan, beratnya mencecah 20kg.. whoa.. gempak kan.. gemuk giler bayi nih... lahirnya normal dengan berat 3.6 kg tapi lepas itu, bayi tuh setiap jam mesti makan tanpa henti.. kuat kan nafsu makan budak nih.. hahaha.. dia nak jadi panda kot.. :p

3. Bayi cyclops

Tahun 2006 lagi sekali dicatatkan keanehan dengan kelahiran bayi bermata 1. ini yang direkodkan la..yang tak direkodkan ada banyak.. hehhee.. pakar perubatan mempercayai bahawa telah berlaku mutasi terhadap gen pada budak nih disebabkan ubat eksperiman anti kanser. selain daripada tuh bayi nih jugak mempunyai kelainan kromosom yang agak pelik dimana bentuk kromosom bayi nih dipanggil cyclopia. dia dilahirkan dengan 1 mata di dahi, tidak berhidung dan otak nya berkumpul dibahagian sebelah jer.. berlainan kan dari manusia biasa.. otak manusia ada 2 belah..  dan bayi nih pun mati selepas beberapa hari.. maybe sebab dia tak boleh bernafas dan juga otak nya mati kot..

4. Bayi mirip katak

sekali lagi kepelikan berlaku pada tahun 2006.. 2006 nih memang musim pelik agaknya.. bayi katak ini dilahirkan di charikot.. india kot.. bayi nih tak ada leher dan kepalanya hampir tenggelam pada bahagia tubuh atasnya dan mata bayi tuh tersangat besar seperti biji matanya nak terkeluar.. teringat pulak kisah world record seorang perempuan negro yang keluarkan matanya dari kelopak.. hahaha.. macam nih la lebih kurang.. tapi bayi tuh mati lepas 1 jam dia lahir.. pelik.. memang la mati awal.. heheheh.. bayi nih dilahirkan dengan berat 2kg dan dia lahir pada usia kandungan yang normal.. iaitu 9 bulan.. macam-macam dunia nih kan...

5. Bayi raksasa

ok yang terakhir.. bayi nih lahir dengan berat 8.7 kg dan panjangnya 62 cm.. lahir di sumatera utara. bayi nih lahir dengan operasi caesar.. means dia lahir bukan dengan cara biasa.. perut mak dia kena bedah la.. hehehe..  so bayi nih hidup macam biasa.. :)

Ok nanti panda post lagi sesuatu yang baru.. have a nice day~

Kumpulan ibu-ibu yang unik di dunia

Thursday, March 18, 2010 at 11:46 PM
another world record.. yeah panda suka world records.. seronok.. hahaha.. sapa-sapa nak join panda masuk world records? kita buat aksi panda main basikal sambil jalan atas air.. hahaha.. panda dah melalut.. ok kawan-kawan semua.. dengan ini.. panda presenting ibu-ibu yang unik didunia ini.. sila tepuk tangan.. dengan ini sila hargai ibu anda dengan baik ok.. jangan buat mereka menangis (part nih sedih pulak).. baik lah tanpa membuang masa dan upaya panda merasmikan kumpulan ibu-ibu unik.. sila lihat dengan teliti yer :)

1. Ibu yang melahirkan 8 anak sekaligus

SiPanda: ok panda lihat ini macam busung yang sudah mahu meletup.. giler la.. -.-

2. Ibu termuda didunia (5 tahun)

SiPanda: Ini yang panda cakap semalam tuh.. budak kecil yang mengandung.. giler la..

3. Baru menjadi ibu pada umur 70 tahun

SiPanda: Baru dapat rezeki.. alhamdulillah..

4. Ibu yang sering melahirkan anak (69 anak)

SiPanda: wah wah ramai giler anak dia.. rezeki mesti mencurah-curahkan :)

5. Ibu "lelaki" pertama didunia

SiPanda: asal perempuan tapi last-last jadi lelaki.. tapi isterinya pulak tak boleh mengandung.. last-last dia pulak mengandung balik.. hahaha

6. Ibu tertua yang melahirkan bayi kembar

SiPanda: nenek nih dah tua pun masih ada anak.. tak monopouse lagi ea.. hehehe.. kembar lagi :p

7. Ibu pengganti yang paling subur (12 anak)

SiPanda: Ibu tumpang.. memang la kena subur.. hehehe..

8. Ibu terkecil

SiPanda: mak sape yang kecil macam nih.. kesian tuh masa mengandung... ishk3..

9. Ibu dari bayi terkecil didunia

10. Ibu yang memiliki anak dengan jarak terjauh (41 tahun)
SiPanda: yang ini hmm panda kurang paham.. hahaha

Kesimpulannya: sila hargai ibu-ibu anda dan sayangilah mereka :)

[18SX] Rekod dunia di Dunia Seks

Wednesday, March 17, 2010 at 6:36 PM

tajuk kali ni panda nak labelkan sebagai rate 18.. ada sesiapa yang berumur dibawah 18 tahun ataupun yang sudah melangkaui umur 18 tahun tetapi mempunyai pemikiran yang tidak open, panda galakkan kawan-kawan tidak membaca rekod dunia ini.. hehehe..

ok mari kita mulakan explorasi minda tentang rekod dunia seks.. hahaha.. panda dah rasa segan sikit.. tapi apa kan daya, panda suka share sesuatu yang advance.. eh advance ke? ada la jugak :) ok kawan-kawan, seks merupakan salah satu cara untuk menguatkan hubungan baik antara suami dan isteri.. seks juga dapat memberikan keyakinan sesorang bahawa si suami mencintai isterinya dan juga sebaliknya. Malangnya seks juga disalah gunakan oleh budak yang masih mentah!! mentah lagi.. sampai sanggup merogol sepupu mereka sendiri..

ok itu untuk mukaddimah.. isinya sebenarnya ada kat perenggan ini.. rekod dunia ini akan bosan tanpa kepelikan sesuatu itu..

1. Lelaki Dengan Keturunan Paling Banyak
Moulay Ismail Ibn Sharif adalah lelaki yang berasal dari Morocco yang hidup pada abad ke-17, memiliki keturunan sebanyak 1.042 orang hasil hubungannya dengan 500 isteri dan juga pembantunya.

panda: wah banyak nya anak dia.. sape nak anak banyak macam nih? mesti rezeki melimpah ruah.. hehehe

2.Wanita Paling banyak Melahirkan anak
Seorang isteri petani di Shuya, Moscow Timur melahirkan sebanyak 27 kali diantara tahun 1725 hingga 1765. Ia melahirkan 16 pasang anak kembar, tujuh kali melahirkan anak kembar tiga dan empat kali melahirkan anak kembar empat.

panda: ini pun sama.. hahaha.. penat nya la dia nak beranak kan..

3.Alat sulit lelaki Terbesar
Menurut data yang tercatat, ada seorang lelaki yang memiliki alat sulit sepanjang 34 cm dan lebar 16 cm! Lelaki ini diukur bahagian alat sulitnya oleh Dr. Robert L. Dickenson pada abad ke-20.

panda: erk.. panda no comment

4. Alat sulit Terkecil
Ada yang terbesar, pasti ada pula yang terkecil. Alat sulit terkecil yang pernah ditemukan adalah hanya sebesar 1 cm. Kononnya, memang ada beberapa lelaki yang memiliki alat sulit seperti ini, yang disebut ‘micropenis’, dimana alat sulit lelaki tersebut terletak didalam tubuh.

panda: erk.. panda no comment juga

5. Pesta Seks Terbesar
Sekumpulan orang di Jepun mendapat penghargaan rekod di dalam dunia seks kerana menyelenggarakan pesta seks terbesar, dengan 250 pasangan yang mengikuti dalam acara yang cukup extreme tersebut.

panda: jepun memang 1 negara yang sangat pelik pun.. acara-acara yang dibuat pun pelik.. siap haritu ada pulak pesta kondom.. laki perempuan sambut.. *pengsan*

6. Bapa/Ibu Termuda
Shaun Steard berusia 12 tahun ketika mendapat penghargaan sebagai ayah termuda, namun banyak orang meyakini masih ada ayah berusia lebih muda darinya yang tidak di catat dalam rekod dunia. Dan sebagai ibu termuda di dunia adalah Lina Medina, yang melahirkan seorang anak di usia 5 tahun!.

panda: hahaha.. bapak dan emak kahwin awal la kot.. tak pun... (sila andaikan sendiri)

7. Ejakulasi Paling Jauh
Ejakulasi lelaki yang jaraknya paling jauh, yang pernah tercatat adalah sejauh 6 meter dan rekod ini dipegang oleh lelaki yang berasal dari Amerika Serikat, Horst Schultz. Sementara untuk wanita sejauh 3 meter, namun identiti sang wanita tak dipublic kan..

panda: erk.. panda no comment.. agak sensitif

Jadi apa yang panda boleh simpulkan kat sini adalah.. Dunia kita yang serba aneh ini memang tetap aneh sampai bila-bila.. :)

panda: sekian~

Apabila wartawan Malaysia melenting..

Tuesday, March 16, 2010 at 7:36 PM

kali ini kita lihat wartawan-wartawan malaysia yang melenting.. kah kah kah.. nak tergelak pun ada wei.. semalam kutuk kutuk UniMAP harini melenting sebab kena kutuk pulak.. hahaha.. kawan-kawan.. jom gelak ramai-ramai.. ok.. cukup sikit.. gelak banyak-banyak nanti dosa pulak.. kami sebagai rakyat Malaysia memang la tidak suka menjaga tepi kain orang.. hmm walaupun ada segelintir la.. sape nak jadi wartawan sila fokuskan minda anda untuk menerima sebarang kritikan dari kami.. kebanyakkan adalah dari facebookers dan juga bloggers. oh yer.. sebelum aku terlupa.. nak tau dari mana aku dapat source ini? hahaha.. dari KOSMO sendiri la.. ini beritanya... Laman Hina Wartawan Hiburan Malaysia. Secara tak langsung aku mempromosikan KOSMO kan? hahaha.. :p

ok.. lepas aku baca nih aku pun dengan senang hati sambil menyanyikan lagu lalalala~ ada ke? ok abaikan.. ok.. aku nak share la laman web yang menghina wartawan nih.. nak tau? semestinya FACEBOOK. sila clik facebook itu untuk melihat sendiri fan page All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks. 


Hehehe nasibla yer.. aku sendiri pun malas nak masuk campur dalam hal-hal macam ni.. kasihan korang.. lebih-lebih lagi program Terjah.. ramai sangat orang kutuk.. kutuk kutuk pun TV 3 jalankan juga program nih.. ramai tuh yang jadi penontonnya.. (termasuk aku sendiri.. kalau ada masa la.. ). hahaha


yang kasihannya gambar abang Nas terpampang kat depan tuh.. dalam program terjah tuh pun aku rasa takda pun abang Nas terjah benda yang panas.. bukan macam wartawan lain.. macam si mulut becok tuh.. hahaha.. malas sangat nak dengar dia gelak.. rosak telinga haku dan panda-panda yang lain.. hahhaa.. sebenarnya fan page nih jadi famous sebabnya KOSMO la mengeluarkan artikel yang memakan diri sendiri nih.. so.. anda tulis anda sendiri la yang tanggung..


ok.. aku stop dulu la.. dah maghrib.. kita jumpa lagi di lain entry.. :) salam panda untuk semua..~
latest update: Seniman saran Terjah dihentikan, Nas bertahan ini latest news mengenai rancangan Terjah tu.. 

Kosmo! Sila tarik balik pernyataan anda..

at 12:01 AM

ok entry kali ini memang dengan penuh harapan.. bukan nak marah-marah.. isu kali ni berkenaan Kosmo menyiarkan 1 artikel mengenai 16 Program UniMAP tidak diiktiraf. Agak melampau pernyataan tersebut.. kalau 16 program belum diiktiraf kenapa kerajaan boleh lepas kan macam tuh jer? sebelum tulis sila kaji selidik wahai pengarang Kosmo.. jangan disebabkan penulisan anda.. anda disaman.. sia-sia jer.. ok.. untuk pengetahuan anda wahai pakcik dan makcik pengarang KOSMO terdapat sedikit program yang sedang dinilai.. bukan tidak diiktiraf.. berbeza sangat maksudnya.. kalau tak paham sila buka kamus..

kita sebagai pengarang sepatutnya menggunakan fakta dengan baik untuk tujuan kebaikan bukan untuk menjatuhkan orang lain.. kalau UniMAP tuh dah kotor namanya sape lagi nak masuk? cuba habaq kat den sikit..  walaupun aku bukan dari UniMAP tapi U tempat yang aku belajar sekarang nih merupakan salah 1 U yang menghasilkan engineer macam UniMAP juga.. adik beradik la kiranya.. orang kata cubit peha kanan.. peha kiri terasa juga.. ok.. cukup dulu..

aku harapkan sekarang nih.. eok pihak KOSMO membuat ulasan yang baru mengenai program yang ditawarkan oleh UniMAP.. sila bersihkan kembali nama baik UniMAP or aku harapkan pihak U saman jer pihak KOSMO nih..

ps: engineering dia punya penilaian memang ketat sikit.. sebab tuh lama.. so jangan nak memandai la.. benci aku dengan KOSMO nih!!!

Twitter: Something is technically wrong!

Monday, March 15, 2010 at 2:42 PM

hai hai hai apa hal nya ko nih twitter? elok-elok aku masuk ko pulak buat hal.. haaha.. bermasalah sungguh kan.. dah la dah lama tak menjenguk ko... ko pulak ada masalah.. aiyoo.. kasihan ko.. ko langsung tak boleh nak bertweet kan.. tweet tweet.. hahaha.. oh ya ini sebenarnya berlaku malam tadi.. actually harini la.. jam 12 am waktu Malaysia :)

harini aku baru jer jumpa satu radio yang memasang lagu English, Korean dan Jepun. Whoa sangat excited.. sangat suka.. terus follow kat twitter dan jadi fans kat facebook.. seronok.. hahhaa.. boleh dengar 3 genre. baru la fun.. ada kemungkinan aku dah bosan dengar lagu berunsurkan genre dari Malaysia.. lagu dari negara jiran lagi lama aku tak dengar.. bosan.. bosan. semuanya sama jer.. sebab tuh lagi suka dengar lagu dari timur.. yeah yeah.. havoc please.. ok aku dah lari tajuk.. hahhaa..

berbalik ke tajuk yang asal.. lately twitter selalu down.. kenapa yer? orang sepatutnya makin famous makin best... hahaha.. nih jadi macam blog aku tuh lak.. makin ramai masuk makin selalu down.. shit la.. eh sorry terlepas taip.. hahhaa.. so.. aku recommend kan korang jangan pilih sepaku hosting!!!! down down punya.. cehh..

petang nih takda kerja pun.. so aku rasa lebih baik aku tidur dulu kan.. hahaha.. jumpa lagi di lain entry :) bye..

Artis kedua yang bakal digantung!

Sunday, March 14, 2010 at 9:28 PM

Sebenarnya aku sendiri agak terkejut dengan latest news yang aku baca.. lepas aku googling.. memang betul.. macam tak percaya jer.. artis mengedar dadah.. dah tak cukup duit ke nak hidup? kalau ye pun buat la kerja lain kan.. aku ingatkan kerja jadi pelakon dan pengacara nih kaya raya.. hahaha rupanya tak.. glamour jer lebih ea.. tapi agak sadis la sebabnya si benjy tuh kan anak kesayangan azean irdawaty.. dah la azean tuh baru jer pulih dari kanser payudara.. datang pulak berita macam nih.. semua orang kenal pulak tuh..

orang kata baik hisap dadah dari jual dadah.. kita boleh tengok kan artis yang pernah hisap dadah contohnya saleem dan jamal abdillah.. mana kena gantung-gantung nih.. masuk pusat pemulihan jer.. ini siap jual dadah.. memang berat hukuman tuh.. hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati.. paling malang kat isteri benjy la.. sebabnya benjy ada makwa time dia dah beristeri.. dan makwe si benjy pun kena tahan sekali.. kesian kan isteri dia tuh.. tapi kita harapkan si benjy nih tak terlibat la.. korang nak baca artikel pasal ini? aku letak kat bawah nih..

PETALING JAYA: Aktres veteran popular, Azean Irdawaty tidak percaya bahawa anaknya, pelakon terkenal Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin terlibat dengan sindiket pengedaran dadah. 
"Yang Kak Yan tak faham macam mana dia (Benjy) ditangkap di rumahnya di Segambut tetapi kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kepong di mana ada bahan-bahan yang dikatakan makmal mini memproses dadah," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada mStar Online di sini hari ini. 
Portal berita dalam talian dan akhbar hari ini menyiarkan laporan tentang seorang pelakon popular yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik dan juga anak kepada aktres veteran terkenal kini ditahan reman kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000. 
Aktor berusia 31 tahun itu ditahan di kondominium mewahnya di Jalan Segambut pada Khamis.
Dalam serbuan tersebut, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah.
Pelakon itu dicekup bersama teman wanitanya berusia 24 tahun di tempat meletak kereta di kondominium tersebut pada pukul 2.30 pagi Khamis setelah polis mendapat maklumat daripada orang ramai. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang ketika dihubungi berkata, pelakon itu ditahan reman selama tujuh hari mulai Jumaat di Balai Polis Bukit Jalil bersama teman wanitanya.
Difahamkan pelakon tersebut sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun dan kekasihnya itu, telah disahkan positif methamphetamine ketika melakukan ujian air kencing. 
Artis tersebut mungkin akan berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.
Dalam pada itu, Azean, 60, mendakwa, anaknya sering kehabisan wang dan kerap meminta pertolongan daripadanya jika menghadapi masalah kewangan.
“Masalahnya, Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan saya walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar,” 
Tambah pelakon filem Talentime, Waris Jari Hantu, Anak Mami Kembali dan Baginda itu, dia pelik bagaimana akhbar boleh menyatakan anaknya itu mampu menjual dadah terbabit sehingga beratus-ratus ribu ringgit nilainya.
Dia juga mempersoalkan penglibatan anak lelaki tunggalnya itu, sedangkan mengikut maklumat yang diketahui, mereka yang mengambil bahan-bahan terlarang itu fizikalnya kurus dan hiperaktif. 
“Macam mana surat khabar kata dia boleh jual sampai beratus-ratus ribu. Kereta pun dia tak ada.
“Lagipun Kak Yan Google (di Internet) orang kalau ambil benda itu kurus dan hiperaktif sedangkan Benjy gemuk, suka tidur. Selain itu, dia sering menghabiskan masa di kolam pancing pagi, petang, siang dan malam,” katanya.
pasal aku cakap ini artis kedua tuh sebabnya sebelum ni ada artis yang pernah kena gantung tapi bukan sebab dadah.. tapi sebab guna ilmu hitam.. dia sembelih dan potong mayat tuh sampai 13.. gila kan.. agak-agak sape orang tuh?? dah pikir? ok nak tau jawapannya sila hightlightkn ini >> Mona Fendi so.. semua dah tau kan.. hehehe.. orang kata aura si itu masih lagi kuat.. bahaya.. hahaha.. ilmu hitam nih kalau dah mati pun still ada jer kat sekeliling.. itu yang bahaya kalau kita bincangkan pasal ilmu hitam orang yang dah takda..

Aku benci Nuffnang!

Saturday, March 13, 2010 at 12:17 AM

ok memang serius sungguh aku cakap.. aku benci nuffnang.. nak tau kenapa? nanti aku ceritakan.. ini semua gara-gara user dia sendiri la.. buat aku fed up!!! hoi ini entry kemarahan.. sila jangan baca jika anda tidak cool.. ok im cool dah.. hahaha.. so entry ini sesuai untuk dibaca oleh orang yang marah.. aku dah merepek.. ok jom aku bagi tau sebab kenapa aku benci nuffnang (untuk blog ini jer)..

ok aku nak marah sekalian manusia yang datang blog ini dan memberitahu iklan nuffnang yang ada kat blog aku nih tidur la.. zzz la.. dan sewaktu dengannya.. wahai pakcik makcik sekalian.. adakah anda ada melihat sebarang tempekan nuffnang di blog ini?? takda.. memang takda.. aku memang tak letak pun iklan kat blog ini!!! so kalau korang datang cuma memberitahu iklan nuffnang kat blog ini tidur.. aku rasa anda memang dah terpesong dari jalan yang sebetul-betulnya... memang dah rabun kot... pakai spec macam aku nih.. terang dunia..

ada sesiapa yang terasa?? haaa ini baru aku tulis sikit.. baru tulis macam nih dah ramai yang merungut nanti.. salah korang sendiri kan.. so tak payah nak merungut-rungut.. ini kira baik la aku tak reply kat blog korang.. kalau tak.. malu korang nanti.. so.. kalau korang nak tengok kata ada iklan kat blog ini, tunggu la aku dah berminat dengan nuffnang yer!!! buat masa nih takda minat dengan nuffnang.. nak free dari ads.. (untuk sementara waktu).. nanti orang kata buat blog untuk cari duit pulak.. blog yang ini untuk aku suka-suka jer.. bukan cari duit iklan.. ada paham?

aku tau bila aku tulis entry nih ramai readers akan lari.. hahaha.. nak salahkan aku juga sebab tulis entry ni? tak tak.. salahkan diri korang sendiri sebab tulis kat shoutbox macam tuh.. aku tarik balik shoutbox baru seronok hati korang kan... aku sebenarnya tak kesah pun dengan readers macam korang yang hanya datang untuk bagi tau iklan zzz.. ceh.. aku dah bosan semua tuh.. semua blog aku memang ada jer yang gatal tangan macam tuh kan.. kalau nak klik ke hape ke.. senyap-senyap sudah.. tak payah nak canang macam benda tuh penting.. kalau aku jenguk blog korang dan ada iklan muncul memang aku akan tolong klik.. so.. dont worry la.. cuma bila dah jadi macam nih banyak kali.. fed up weyh.. fed up.. aku lagi suka orang datang blog aku then tulis blog walking dari korang tulis nuff zzz.. iklannya memang takda pun.. so tak payah penat-penat nak tulis iklan zzz..

ini kalau part merapu memang panjang jer.. dah la.. malas nak taip panjang-panjang benda macam nih.. lain kali kalau aku cek ada yang tulis macam tuh.. aku akan buat entry khas untuk bagi tau semua orang blog mana yang kuat klik nuff (walaupun takda iklan kat blog tuh!!) maybe sekadar tulis jer.. datang just tulis tapi tak klik pun.. argh sudah.. baik aku tidur sekarang nih.. off~

ps: nanti kalau aku dah letak iklan nuffnang.. jangan tak klik pulak.. memang aku cari sorang-sorang yang tulis kat shoutbox tuh...

Perempuan hanya menyimpan rahsia hanya untuk 2 hari

Friday, March 12, 2010 at 11:57 AM

Wanita mungkin menganggap diri mereka teman setia kepada rakan mereka terutamanya dalam berkongsi kesusahan dan rahsia. Mereka juga sangat mudah untuk meluahkan perasaan pada teman-teman mereka. Malah, wanita juga merupakan pendengar yang sangat setia.
Namun, awas !. Berhati-hati jika anda ingin berkongsikan sebarang rahsia dengan rakan wanita atau sesiapa sahaja bergelar wanita. Ini kerana, sebuah kajian saintifik yang dikendalikan di United Kingdoms telah mendapati kebanyakkan kaum wanita hanya mampu menyimpan sesuatu rahsia untuk 48 jam sahaja.

Seramai 3000 wanita dari golongan usia 18 hingga 65 telah terlibat dalam kajian yang diketuai oleh Michael Cox, Pengarah Wines Of Chile. Menurut kajian ini juga, golongan ini amat cenderung untuk berkongsi rahsia yang disimpan kepada orang yang rapat dengan mereka seperti suami, teman lelaki, dan juga ibu mereka.

* Kebanyakkan kaum wanita hanya mampu menyimpan sesuatu rahsia hanya untuk 48 jam.
* Seramai 3000 wanita dari golongan usia 18 hingga 65 telah terlibat dalam kajian ini
* 83% dari mereka yang dikaji selidik mengakui yang diri mereka merupakan seorang penyimpan rahsia yang sangat baik.
* Amat cenderung untuk berkongsi rahsia yang disimpan mereka kepada orang yang rapat dengan mereka

Ironinya, 83% dari mereka yang dikaji selidik mengakui yang diri mereka merupakan seorang penyimpan rahsia yang sangat baik. Kajian tersebut juga mendapati wanita mendengar kisah rahsia orang lain sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Namun begitu, 38% dari mereka akan melupakan rahsia tersebut pada keesokkan harinya.

Michael Cox juga menambah alkohol juga merupakan faktor pendorang untuk mereka mendedahkan rahsia kepada orang lain.

Ulasan:
1. aku rasa kajian ini hanya untuk orang barat sahaja.. untuk orang asia, golongan perempuan masih lagi pandai menjaga rahsia masing-masing melainkan mereka ini jenis mulut kepoh.. huhu..
2. kawan-kawan aku yang perempuan takda pulak kepoh macam nih.. haha.. walaupun ada sikit la.. wakakaka.. nasib la..

ps: image macam biasa.. google :)

Kenapa perempuan garang macam singa?

at 12:33 AM

aku nak gelarkan panda ke? hahha.. tak payah la kot.. nanti korang kata perempuan tuh dah la singa ko lak panda.. kena ngap nanti.. hak hak kenyang dia sebulan.. :p ok im joking.. serious nih.. sebenarnya nak tanya betul ke kaum hawa nih memang garang-garang? aku sendiri memang risau tengok perempuan yang garang-garang nih.. tak pasal-pasal kalau jadi bini, banyak ufo akan ditemui.. hahaha.. agak sadis ayat itu...

takda ke kaum hawa yang lemah lembut setiap masa? kalau ada sila tampilkan diri anda.. nak jadikan bini.. hahaha.. macam ayat desperate pulak.. sebenarnya aku nak tau jela sikit kenapa gadis-gadis nih amatla garang sampaikan kalau kucing tengah makan pun sanggup dia sepak.. eh.. aku ternampak perbuatan orang itu.. so.. aku tulis kat sini.. ini adalah fakta.. hahaha.. sila marah kepada perempuan itu!. dan dalam sebulan boleh tak part-part yang merah itu korang jadi tak beremosi? kalau 2 kali part merah tuh.. berdozen kali la korang nak beremosi kan.. hahaha..

kaum-kaum adam nih memang la ganas walaupun ada yang agak normal.. hahaha.. korang kaum-kaum sejenis aku nih semua pahamkan.. bagus la korang.. nanti aku belanja minum air kosong kat rumah sendiri.. hahaha..dah la kami ganas so apa yang kami perlu adalah wanita yang lembut.. bukan ganas jugak.. hohohoh memang takda pro dan cons langsung.. merbahaya.. nanti perang dunia ketiga meletus dengan dahsyatnya.. oh aku dah start merepek.. hahaha..

kenapa bila perempuan stress, dia punya stress tuh melampau-lampau sampai kena migrain la.. kami kaum adam agak pelik dengan situasi ini.. kami kaum adam takda pulak stress sampai macam tuh sekali kan.. hohoho seronoknya jadi lelaki.. sebenarnya ada kelebihan bila kita dijadikan lelaki dan perempuan kan.. cuma.. kaum hawa, sila jaga emosi anda.. kami tersangat la bosan dengan emosi anda yang tidak menentu..

nak tambah lagi? oh jangan.. nanti ada pinggan mangkuk kat rumah korang lak pecah.. semua gara-gara tulisan aku yang sia-sia ini.. hahaha.. so.. sila rehatkan minda anda setelah membaca entry separuh senget ini.. adios~

ps: cute la pulak singa kat atas nih.. hahah selamat cute kan :P

Apa yang korang nak buat lepas ambil result SPM? kerja atau belajar?

Thursday, March 11, 2010 at 10:09 AM

hello semua.. aku kali nih nak bercakap budak SPM yang nak ambil result harini.. oh lupa.. time aku tulis nih semua budak SPM tengah ambil result.. hahhaa.. so.. sape-sape yang dah ambil result tuh apa perasaan korang? time aku ambil result haritu aku rasa tak risau pun.. hahhaa.. sebabnya aku memain time belajar kan.. so kalau result tak cun tuh tak boleh buat apa. tapi masa ambil result tuh, alhamdulillah.. seronok.. aku sempat kata kat kawan aku, lain kali kita tak payah belajar la kuat-kuat, ok jer result.. hahhaa.. poyo sungguh kan..

rasa-rasa korang kan nak berjaya tuh macam mana? kena belajar kuat-kuat ke sampai mata jadi macam panda? hahaha.. tak payah.. yang penting fahamkan jer apa yang patut. then korang enjoy. senang kan.. hehehe.. tapi kalau kat universiti nanti korang tak boleh la nak buat macam tuh.. nanti memang takda harapan la nak dapatkan dean list. aku pun tak merasa lagi gara-gara aku banyak main-main kat universiti ni. jangan ikut ok!

so sekarang nih apa plan korang yer? nak sambung belajar ataupun nak ambil pengalaman dengan bekerja dulu? bagi aku baik kita sambung belajar terus sementara otak belum berkarat sangat.. nanti dah pegang duit langsung tak ingat nak belajar dah. then kalau ambil umur dah tinggi nih ilmu tuh susah sikit nak masuk sebab dah berkarat. banyak lagi benda lain kena fikir nanti. so kami abang-abang kakak-kakak menyarankan ada semua untuk belajar dahulu. then baru la bercita-cita nak kerja.. hahhaa.. (aku pun tak sabar nak kerja).

ok la.. jam dah kol 10am.. result pun baru tengah nak diedarkan.. good luck semua... semoga mendapat result yang cemerlang... amin... jumpa lagi nanti.. :D

ps: bestnya dapat result macam kat atas tuh kan... hehehe

Skuad Perodua Era di UTeM

Monday, March 8, 2010 at 4:18 PM

tadi masa panda nak balik rumah, panda singgah la kejap kat PPP (Pusat Perkhidmatan Pelajar). sebenarnya nak pergi Koperasi pun nak beli jajan (keropok) dengan air. masa nak pergi PPP tuh awal-awal lagi dah nampak skuad perodua Era dah sampai cuma tak tau kat area mana dia lepak kan.. bila dah park kereta jer, apa lagi, pergi cepat-cepat kat koperasi sebab dah haus sangat.. haha.. masa lepak dalam tuh la (sebab ada air-cond) tuh ternampak skuad Era ada. 2 kereta. diorang nih pasang musik, perghh agak kuat juga la.. haha..

so.. kalau ikut cadangan hati nurani panda yang agak besar ini teringin gak nak dapatkan free gift. tapi abang-abang Era tuh lepak kemain lama.. dia lepak jer.. bukan nak keluarkan gift ke hape... so apa lagi, hari dah la panas.. dah beli air.. dah beli jajan.. terus je blah.. penat jer menunggu.. haha.. bengong sungguh orang-orang itu. jam berapa tah dia nak open panda sendiri pun tak tau.. so kepada kawan-kawan kat luar sana tuh, kalau skuad perodua Era sampai korang punya Universiti/Kolej jangan layan.. hahaha.. padan muka :p

slow la diorang nih.. dah la panas. kalau boleh bagi la gift nih sementara orang tak ramai. kalau tunggu ramai-ramai.. pergh.. basah la kot.. dah la panas.. berasak-asak dengan orang yang mandi pagi tadi jer.. oh sorry la.. bau korang tersangat la wangi.. hahaha.. better blah dari dapat gift.. (walaupun agak kempunan) hahhaa.. ok la.. ini je la pun panda nak share.. nanti panda nak update tentang apa yang berlaku semasa panda jadi fasilitator kat SMT Bukit Katil pada hari Sabtu lepas.. jumpa malam nanti.. adios~

Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji (12 Mac 2010)

at 3:22 PM
Kami adalah tunggak kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang. Seiring dengan visi dan misi TH, pelawaan dibuka kepada Anggota TH (Kontrak / Tetap) dan Warganegara Malaysia (Islam) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan seperti berikut:-

1. JURUANALISA KANAN / JURUANALISA
(PENGURUS PROGRAM / PROGRAMME MANAGER)
3 Kekosongan Di Enterprise Programme Management Office, Information Technology Department

Warganegara Malaysia yang berminat boleh memohon melalui laman Web TH iaitu ‘www.tabunghaji.gov.my’ selewat–lewatnya sebelum atau pada hari Jumaat 12 Mac 2010, jam 5.00 petang.

credit to: carikkerja.blogspot.com

Jawatan Sambilan di Universiti Sains Islam Malaysia (19 Mac 2010)

Saturday, March 6, 2010 at 12:37 AM
Iklan Jawatan Pembantu Pengawas Peperiksaan
TEMPOH DIPERLUKAN : 9 APRIL 2010 sehingga 7 MEI 2010
TARAF JAWATAN : SAMBILAN


Syarat-syarat pengambilan adalah seperti berikut :-


WARGANEGARA : MALAYSIA
AGAMA : ISLAM
UMUR : 18 - 25 TAHUN
KELULUSAN : SPM (Minimum dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat yang sama)


Borang permohonan boleh didapati di :-

Pusat pengajian Prasiswazah
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan

ataupun melalui pautan pautan berikut: klik di sini

Sila hantar borang permohonan anda ke alamat di atas sebelum atau pada 19 Mac 2010

Nota:

  1. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  2. Hanya pemohon yang disenaraipendek akan dihubungi.
  3. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang tinggal berdekatan dengan Kampus Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.
  4. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 31 Mac 2010 adalah dianggap tidak berjaya.
  5. Bayaran elaun adalah sebanyak RM49.37 bagi setiap hari bekerja.
  6. Makananan dan minuman disediakan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian : 06-798 8145 / 8325



credit to: carikkerja.blogspot.com 

Kasihan burung itu, sarangnya dibakar, telurnya dipecahkan dan kepalanya dipatahkan.. KEJAM!

Friday, March 5, 2010 at 8:25 PM

Panda sebenarnya kasihankan burung seekor ini.. dah la sarangnya dibakar, telur-telurnya pun dipecahkan dan paling sadisnya apabila leher dan paruhnya pulak di patahkan.. macam sudah jatuh ditimpa tangga pulakan.. ahak ahak.. kasihan.. jom la baca kisah sebenarnya ini :)

Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya. Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata,

"Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku. Kerana malu, pemuda itu menjawab,

"Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit?"

"Seekor burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan.

"Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.
Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat. Seorang polis menanyainya,

"Apa yang terjadi?"

"Saya tidak tahu. Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini."

Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya,

"Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?"
Gadis kecil itu menjawab,

"Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!"


Moral of the story.
Jangan nak menipu budak kecik dan hak hak sila gelak :p

Hotel terkecil didunia

Thursday, March 4, 2010 at 9:47 AM
kali nih panda dan kawan-kawan akan terbang ke London untuk melihat sendiri bagaimana rupanya hotel kecil tu.. memang kecik kawan-kawan.. kalau panda masuk.. memang panda sorang jer boleh muat.. hahaha.. sebenarnya hotel nih dia boleh memuatkan seramai 2 orang sahaja didalam satu-satu masa.. dan yang bestnya kan.. hotel ini akan bergerak.. macam gempak kan.. panda suka gerak-gerak nih. eh maksud panda jalan-jalan la.. :)

kawan-kawan nak tau dia bergerak dari mana ke mana? dia akan bergerak ke ZSL London Zoo, Alexandra Palace, The London Eye, Covent Garden dan the Old Royal Naval College, Greenwich. Gempak kan.. hehehe.. sebenarnya hotel nih menjadi tarikan pelancong untuk melancong kat London.. Eee sangat best.. sape mau join panda? hehehe tunggu panda kaya ok kawan-kawan.. setiap kali kita bangun tidur, kita akan dapat free breakfast dan surat khabar.. ok la kan.. panda pun tak suka makan banyak-banyak pagi-pagi ni.. sakit perut susah hati.. hehe

panda asyik bercakap pasal hotel ni je kan.. sebenarnya kawan-kawan tau tak berapa panjang dan lebar hotel ini? jom buat pop kuiz sape cepat dia dapat.. hehe.. ok fikir cepat.. 1... 2.... 3... ok tamat dan jawapannya adalah 29 kaki panjang x 7 kaki lebar.. hehehe.. kecik sangat kan tapi apa yang hebatnya hotel kecil nih sampai semua orang nak cuba menginap disini? jawapannya adalah kemudahan yang disediakan didalam hotel ini. hotel ini mempunyai seorang penjaga pintu, meja check-in, perkhidmatan bilik, TV flat screen, ruangan makan, double bed dan kemudahan en-suite. hotel sekecil ini mempunyai kemudahan macam hotel yang besar. hohoho panda teruja seketika.. ok panda nak tunjukkan hotel terkecil didunia :)

 
  

ok itu jela panda nak ajak kawan-kawan makan angin.. hehe.. jumpa lagi ok dengan sesuatu benda yang lebih luarbiasa :)

Pelaku buang dan bunuh anak adalah MURTAD!

Tuesday, March 2, 2010 at 4:31 PM

ishk apa nak jadi dengan dunia nih yer? sampai anak sendiri pun boleh dibuang.. dah la buang.. ada yang dibakar dan dipecahkan kepada lagi.. apa nak jadi dengan dunia ini? buat anak pandai.. advance lagi dengan gaya-gaya yang pelik-pelik tapi bila dapat anak, main campak merata-rata jer.. ingat anak tuh anak patung apa? cuba la dia fikir kalau dia adalah bayi tuh then mak ayah dia pulak buat macam tuh kat dia.. apa yang dirasa? ada akal yang waras fikirkanla..

nak tau apa kaum panda buat kat anak dia? haa kami kaum panda bukan sahaja pandai buat anak tapi kami juga pandai jaga anak.. macam manusia yang normal dan berhati perut.. dijaga, ditimang, dibelai dengan sempurna sampaila anak-anak panda dewasa.. kenapa mereka yang kejam ini tidak meniru cara kami? tapi siap ada yang menyumpah seranah mengatakan perangai buruk macam haiwan.. aik.. haiwan juga jadi mangsa tapi malangnya haiwan la juga paling pandai jaga anak.

sekarang ada mufti pula mengatakan pelaku pembunuhan bersiri ini dikatakan murtad atau nama lainnya adalah keluar dari Islam!

KUALA LUMPUR - Umat Islam yang siuman dan tidak mengalami cacat akal yang membuang bayi atau membunuh zuriat mereka dianggap sudah terkeluar dari agama Islam atau murtad, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad.
Beliau berkata, ini kerana perbuatan kejam mereka seolah-olah menghalalkan perkara yang haram dan ditegah oleh Islam.
"Kita semua mengetahui bunuh ialah satu perbuatan haram dan berdosa terutama yang menjadi mangsa ialah anak dan zuriat mereka sendiri.
"Walaupun mereka orang Islam tetapi mereka masih melakukan pembunuhan kerana gagal mengawal emosi di mana mereka telah menambah dosa lampau yang dilakukan iaitu zina," katanya. - Bernama

Sepaku Hosting: Antara kebaikan dan Keburukan

at 11:10 AM

ok.. si panda kali nih yang bernaung dibawah domain NetKL dan berhostkan google ingin berkongsi dengan pengikut panda semua tentang Sepaku Hosting. hahaha.. baik pengikutku semua, si panda ini merupakan salah seorang customer Sepaku Hosting yang agak bangga dan kecewa dengan servis yang diberikan oleh Sepaku. Nak tau kenapa? hahaha.. senang jer.. untuk yang bangga, Sepaku menawarkan hosting yang murah dan customer service yang boleh dikatakan cepat. selain daripada tu, ulimited SQL database, unlimited domain dan macam-macam lagi la..

Yang mengecewakannya adalah disebabkan server-server SepakuHosting selalu down. Baru-baru nih si panda punya blog yang lagi 1 itu telah mengalami kehilangan post selama seminggu. wah banyak kan.. bila post hilang, segala komen yang beribu (tipu jer) itu pun hilang juga.. walaupun ada sikit tapi still ada la.. hahaha.. agak mengecewakan jugakla.. 7 hari punya post yang telah aku buat dengan penuh fokus dan saksama itu hilang macam tuh jer.. naya jugak.. ok.. dan dari email yang sipanda dapat, korang nak baca tak? jap sipanda letak kat bawah nih..sikit jer k
Kami juga telah membuat keputusan untuk tidak lagi menjual hosting kepada pelanggan baru disebabkan pelbagai masalah yang timbul. Kami hanya akan meneruskan menjaga customer sedia ada dan juga untuk kegunaan kami sendiri sahaja.

haa dah baca kan, Sepaku sekarang nih dah stop penjualan hosting kepada orang ramai dahulu. Tunggu server pulih sepenuh-penuhnya barula dia nak open balik.. ahak.. itu jela sipanda ini mau berkongsi mengenai hosting yang telah sipanda pakai. Diharapkan pihak Sepaku dapat menjaga customer mereka dengan baik.. ok semua.. panda mau makan bamboo dengan kawan-kawan.. jom join.. ahakx.. c ya

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by SiPanda | XML Coded By SiPanda.com and CahayaBiru