Showing posts with label iklan nuffnang tidur. Show all posts
Showing posts with label iklan nuffnang tidur. Show all posts

Aku benci Nuffnang!

Saturday, March 13, 2010 at 12:17 AM

ok memang serius sungguh aku cakap.. aku benci nuffnang.. nak tau kenapa? nanti aku ceritakan.. ini semua gara-gara user dia sendiri la.. buat aku fed up!!! hoi ini entry kemarahan.. sila jangan baca jika anda tidak cool.. ok im cool dah.. hahaha.. so entry ini sesuai untuk dibaca oleh orang yang marah.. aku dah merepek.. ok jom aku bagi tau sebab kenapa aku benci nuffnang (untuk blog ini jer)..

ok aku nak marah sekalian manusia yang datang blog ini dan memberitahu iklan nuffnang yang ada kat blog aku nih tidur la.. zzz la.. dan sewaktu dengannya.. wahai pakcik makcik sekalian.. adakah anda ada melihat sebarang tempekan nuffnang di blog ini?? takda.. memang takda.. aku memang tak letak pun iklan kat blog ini!!! so kalau korang datang cuma memberitahu iklan nuffnang kat blog ini tidur.. aku rasa anda memang dah terpesong dari jalan yang sebetul-betulnya... memang dah rabun kot... pakai spec macam aku nih.. terang dunia..

ada sesiapa yang terasa?? haaa ini baru aku tulis sikit.. baru tulis macam nih dah ramai yang merungut nanti.. salah korang sendiri kan.. so tak payah nak merungut-rungut.. ini kira baik la aku tak reply kat blog korang.. kalau tak.. malu korang nanti.. so.. kalau korang nak tengok kata ada iklan kat blog ini, tunggu la aku dah berminat dengan nuffnang yer!!! buat masa nih takda minat dengan nuffnang.. nak free dari ads.. (untuk sementara waktu).. nanti orang kata buat blog untuk cari duit pulak.. blog yang ini untuk aku suka-suka jer.. bukan cari duit iklan.. ada paham?

aku tau bila aku tulis entry nih ramai readers akan lari.. hahaha.. nak salahkan aku juga sebab tulis entry ni? tak tak.. salahkan diri korang sendiri sebab tulis kat shoutbox macam tuh.. aku tarik balik shoutbox baru seronok hati korang kan... aku sebenarnya tak kesah pun dengan readers macam korang yang hanya datang untuk bagi tau iklan zzz.. ceh.. aku dah bosan semua tuh.. semua blog aku memang ada jer yang gatal tangan macam tuh kan.. kalau nak klik ke hape ke.. senyap-senyap sudah.. tak payah nak canang macam benda tuh penting.. kalau aku jenguk blog korang dan ada iklan muncul memang aku akan tolong klik.. so.. dont worry la.. cuma bila dah jadi macam nih banyak kali.. fed up weyh.. fed up.. aku lagi suka orang datang blog aku then tulis blog walking dari korang tulis nuff zzz.. iklannya memang takda pun.. so tak payah penat-penat nak tulis iklan zzz..

ini kalau part merapu memang panjang jer.. dah la.. malas nak taip panjang-panjang benda macam nih.. lain kali kalau aku cek ada yang tulis macam tuh.. aku akan buat entry khas untuk bagi tau semua orang blog mana yang kuat klik nuff (walaupun takda iklan kat blog tuh!!) maybe sekadar tulis jer.. datang just tulis tapi tak klik pun.. argh sudah.. baik aku tidur sekarang nih.. off~

ps: nanti kalau aku dah letak iklan nuffnang.. jangan tak klik pulak.. memang aku cari sorang-sorang yang tulis kat shoutbox tuh...

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by SiPanda | XML Coded By SiPanda.com and CahayaBiru