Showing posts with label smallest pop-up hotel in world. Show all posts
Showing posts with label smallest pop-up hotel in world. Show all posts

Hotel terkecil didunia

Thursday, March 4, 2010 at 9:47 AM
kali nih panda dan kawan-kawan akan terbang ke London untuk melihat sendiri bagaimana rupanya hotel kecil tu.. memang kecik kawan-kawan.. kalau panda masuk.. memang panda sorang jer boleh muat.. hahaha.. sebenarnya hotel nih dia boleh memuatkan seramai 2 orang sahaja didalam satu-satu masa.. dan yang bestnya kan.. hotel ini akan bergerak.. macam gempak kan.. panda suka gerak-gerak nih. eh maksud panda jalan-jalan la.. :)

kawan-kawan nak tau dia bergerak dari mana ke mana? dia akan bergerak ke ZSL London Zoo, Alexandra Palace, The London Eye, Covent Garden dan the Old Royal Naval College, Greenwich. Gempak kan.. hehehe.. sebenarnya hotel nih menjadi tarikan pelancong untuk melancong kat London.. Eee sangat best.. sape mau join panda? hehehe tunggu panda kaya ok kawan-kawan.. setiap kali kita bangun tidur, kita akan dapat free breakfast dan surat khabar.. ok la kan.. panda pun tak suka makan banyak-banyak pagi-pagi ni.. sakit perut susah hati.. hehe

panda asyik bercakap pasal hotel ni je kan.. sebenarnya kawan-kawan tau tak berapa panjang dan lebar hotel ini? jom buat pop kuiz sape cepat dia dapat.. hehe.. ok fikir cepat.. 1... 2.... 3... ok tamat dan jawapannya adalah 29 kaki panjang x 7 kaki lebar.. hehehe.. kecik sangat kan tapi apa yang hebatnya hotel kecil nih sampai semua orang nak cuba menginap disini? jawapannya adalah kemudahan yang disediakan didalam hotel ini. hotel ini mempunyai seorang penjaga pintu, meja check-in, perkhidmatan bilik, TV flat screen, ruangan makan, double bed dan kemudahan en-suite. hotel sekecil ini mempunyai kemudahan macam hotel yang besar. hohoho panda teruja seketika.. ok panda nak tunjukkan hotel terkecil didunia :)

 
  

ok itu jela panda nak ajak kawan-kawan makan angin.. hehe.. jumpa lagi ok dengan sesuatu benda yang lebih luarbiasa :)

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by SiPanda | XML Coded By SiPanda.com and CahayaBiru