Showing posts with label kajian terhadap perempuan. Show all posts
Showing posts with label kajian terhadap perempuan. Show all posts

Perempuan hanya menyimpan rahsia hanya untuk 2 hari

Friday, March 12, 2010 at 11:57 AM

Wanita mungkin menganggap diri mereka teman setia kepada rakan mereka terutamanya dalam berkongsi kesusahan dan rahsia. Mereka juga sangat mudah untuk meluahkan perasaan pada teman-teman mereka. Malah, wanita juga merupakan pendengar yang sangat setia.
Namun, awas !. Berhati-hati jika anda ingin berkongsikan sebarang rahsia dengan rakan wanita atau sesiapa sahaja bergelar wanita. Ini kerana, sebuah kajian saintifik yang dikendalikan di United Kingdoms telah mendapati kebanyakkan kaum wanita hanya mampu menyimpan sesuatu rahsia untuk 48 jam sahaja.

Seramai 3000 wanita dari golongan usia 18 hingga 65 telah terlibat dalam kajian yang diketuai oleh Michael Cox, Pengarah Wines Of Chile. Menurut kajian ini juga, golongan ini amat cenderung untuk berkongsi rahsia yang disimpan kepada orang yang rapat dengan mereka seperti suami, teman lelaki, dan juga ibu mereka.

* Kebanyakkan kaum wanita hanya mampu menyimpan sesuatu rahsia hanya untuk 48 jam.
* Seramai 3000 wanita dari golongan usia 18 hingga 65 telah terlibat dalam kajian ini
* 83% dari mereka yang dikaji selidik mengakui yang diri mereka merupakan seorang penyimpan rahsia yang sangat baik.
* Amat cenderung untuk berkongsi rahsia yang disimpan mereka kepada orang yang rapat dengan mereka

Ironinya, 83% dari mereka yang dikaji selidik mengakui yang diri mereka merupakan seorang penyimpan rahsia yang sangat baik. Kajian tersebut juga mendapati wanita mendengar kisah rahsia orang lain sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Namun begitu, 38% dari mereka akan melupakan rahsia tersebut pada keesokkan harinya.

Michael Cox juga menambah alkohol juga merupakan faktor pendorang untuk mereka mendedahkan rahsia kepada orang lain.

Ulasan:
1. aku rasa kajian ini hanya untuk orang barat sahaja.. untuk orang asia, golongan perempuan masih lagi pandai menjaga rahsia masing-masing melainkan mereka ini jenis mulut kepoh.. huhu..
2. kawan-kawan aku yang perempuan takda pulak kepoh macam nih.. haha.. walaupun ada sikit la.. wakakaka.. nasib la..

ps: image macam biasa.. google :)

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by SiPanda | XML Coded By SiPanda.com and CahayaBiru