Showing posts with label benjy edar dadah. Show all posts
Showing posts with label benjy edar dadah. Show all posts

Artis kedua yang bakal digantung!

Sunday, March 14, 2010 at 9:28 PM

Sebenarnya aku sendiri agak terkejut dengan latest news yang aku baca.. lepas aku googling.. memang betul.. macam tak percaya jer.. artis mengedar dadah.. dah tak cukup duit ke nak hidup? kalau ye pun buat la kerja lain kan.. aku ingatkan kerja jadi pelakon dan pengacara nih kaya raya.. hahaha rupanya tak.. glamour jer lebih ea.. tapi agak sadis la sebabnya si benjy tuh kan anak kesayangan azean irdawaty.. dah la azean tuh baru jer pulih dari kanser payudara.. datang pulak berita macam nih.. semua orang kenal pulak tuh..

orang kata baik hisap dadah dari jual dadah.. kita boleh tengok kan artis yang pernah hisap dadah contohnya saleem dan jamal abdillah.. mana kena gantung-gantung nih.. masuk pusat pemulihan jer.. ini siap jual dadah.. memang berat hukuman tuh.. hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati.. paling malang kat isteri benjy la.. sebabnya benjy ada makwa time dia dah beristeri.. dan makwe si benjy pun kena tahan sekali.. kesian kan isteri dia tuh.. tapi kita harapkan si benjy nih tak terlibat la.. korang nak baca artikel pasal ini? aku letak kat bawah nih..

PETALING JAYA: Aktres veteran popular, Azean Irdawaty tidak percaya bahawa anaknya, pelakon terkenal Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin terlibat dengan sindiket pengedaran dadah. 
"Yang Kak Yan tak faham macam mana dia (Benjy) ditangkap di rumahnya di Segambut tetapi kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kepong di mana ada bahan-bahan yang dikatakan makmal mini memproses dadah," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada mStar Online di sini hari ini. 
Portal berita dalam talian dan akhbar hari ini menyiarkan laporan tentang seorang pelakon popular yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik dan juga anak kepada aktres veteran terkenal kini ditahan reman kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000. 
Aktor berusia 31 tahun itu ditahan di kondominium mewahnya di Jalan Segambut pada Khamis.
Dalam serbuan tersebut, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah.
Pelakon itu dicekup bersama teman wanitanya berusia 24 tahun di tempat meletak kereta di kondominium tersebut pada pukul 2.30 pagi Khamis setelah polis mendapat maklumat daripada orang ramai. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang ketika dihubungi berkata, pelakon itu ditahan reman selama tujuh hari mulai Jumaat di Balai Polis Bukit Jalil bersama teman wanitanya.
Difahamkan pelakon tersebut sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun dan kekasihnya itu, telah disahkan positif methamphetamine ketika melakukan ujian air kencing. 
Artis tersebut mungkin akan berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.
Dalam pada itu, Azean, 60, mendakwa, anaknya sering kehabisan wang dan kerap meminta pertolongan daripadanya jika menghadapi masalah kewangan.
“Masalahnya, Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan saya walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar,” 
Tambah pelakon filem Talentime, Waris Jari Hantu, Anak Mami Kembali dan Baginda itu, dia pelik bagaimana akhbar boleh menyatakan anaknya itu mampu menjual dadah terbabit sehingga beratus-ratus ribu ringgit nilainya.
Dia juga mempersoalkan penglibatan anak lelaki tunggalnya itu, sedangkan mengikut maklumat yang diketahui, mereka yang mengambil bahan-bahan terlarang itu fizikalnya kurus dan hiperaktif. 
“Macam mana surat khabar kata dia boleh jual sampai beratus-ratus ribu. Kereta pun dia tak ada.
“Lagipun Kak Yan Google (di Internet) orang kalau ambil benda itu kurus dan hiperaktif sedangkan Benjy gemuk, suka tidur. Selain itu, dia sering menghabiskan masa di kolam pancing pagi, petang, siang dan malam,” katanya.
pasal aku cakap ini artis kedua tuh sebabnya sebelum ni ada artis yang pernah kena gantung tapi bukan sebab dadah.. tapi sebab guna ilmu hitam.. dia sembelih dan potong mayat tuh sampai 13.. gila kan.. agak-agak sape orang tuh?? dah pikir? ok nak tau jawapannya sila hightlightkn ini >> Mona Fendi so.. semua dah tau kan.. hehehe.. orang kata aura si itu masih lagi kuat.. bahaya.. hahaha.. ilmu hitam nih kalau dah mati pun still ada jer kat sekeliling.. itu yang bahaya kalau kita bincangkan pasal ilmu hitam orang yang dah takda..

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by SiPanda | XML Coded By SiPanda.com and CahayaBiru