ishk apa nak jadi dengan dunia nih yer? sampai anak sendiri pun boleh dibuang.. dah la buang.. ada yang dibakar dan dipecahkan kepada lagi.. apa nak jadi dengan dunia ini? buat anak pandai.. advance lagi dengan gaya-gaya yang pelik-pelik tapi bila dapat anak, main campak merata-rata jer.. ingat anak tuh anak patung apa? cuba la dia fikir kalau dia adalah bayi tuh then mak ayah dia pulak buat macam tuh kat dia.. apa yang dirasa? ada akal yang waras fikirkanla..
nak tau apa kaum panda buat kat anak dia? haa kami kaum panda bukan sahaja pandai buat anak tapi kami juga pandai jaga anak.. macam manusia yang normal dan berhati perut.. dijaga, ditimang, dibelai dengan sempurna sampaila anak-anak panda dewasa.. kenapa mereka yang kejam ini tidak meniru cara kami? tapi siap ada yang menyumpah seranah mengatakan perangai buruk macam haiwan.. aik.. haiwan juga jadi mangsa tapi malangnya haiwan la juga paling pandai jaga anak.
sekarang ada mufti pula mengatakan pelaku pembunuhan bersiri ini dikatakan murtad atau nama lainnya adalah keluar dari Islam!
KUALA LUMPUR - Umat Islam yang siuman dan tidak mengalami cacat akal yang membuang bayi atau membunuh zuriat mereka dianggap sudah terkeluar dari agama Islam atau murtad, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad.
Beliau berkata, ini kerana perbuatan kejam mereka seolah-olah menghalalkan perkara yang haram dan ditegah oleh Islam.
"Kita semua mengetahui bunuh ialah satu perbuatan haram dan berdosa terutama yang menjadi mangsa ialah anak dan zuriat mereka sendiri.
"Walaupun mereka orang Islam tetapi mereka masih melakukan pembunuhan kerana gagal mengawal emosi di mana mereka telah menambah dosa lampau yang dilakukan iaitu zina," katanya. - Bernama
ugh..first foto dasyat oke
apa yang dahsyatnyer EV? hahaha.. kena bakar + pecah kepala je pun.. heee
uh moge kte ta jd cm ue..
yeah itu la.. harap-harap kita tak buat benda macam nih..
kepada yang suka geli2 tu hentikan lah, semuanya buleh menjurus kepada adegan macam dalam gambar di atas.
hahaha.. problem nya sekarang nih.. semuanya suka geli-geli.. tak tau nak kurangkan macam mana dah.. makin bertambah ada la.. hhehee
Dasat tul. Kejam! Tak berhati perut.. Cmne la dorg sggp wat mcm tu. Huhu.. Nk nanges tgk picts tu. :(
hmm bila perasaan bersalah atau takut dengan kehadiran bayi tuh mengatasi akal yang waras menyebabkan diorang sanggup berbuat macam nih...
masyaAllah
ngeri tgk semua gmbar
huhu
@kuyam: semua gambar tuh ngeri... tapi lagi ngeri melihat perbuatan manusia tuh sendiri
Orang macam ni memang bodoh! Fikir anak tu macam bintang? Dibunuh, dibuang merata2?. Ramai lagi pasangan kat luar tu gagal mendapatkan anak sendiri.. Bagus bagi anak tu dekat dorang.. Tak terfikir langsung..