Jawatan Sambilan di Universiti Sains Islam Malaysia (19 Mac 2010)

Saturday, March 6, 2010 at 12:37 AM
Iklan Jawatan Pembantu Pengawas Peperiksaan
TEMPOH DIPERLUKAN : 9 APRIL 2010 sehingga 7 MEI 2010
TARAF JAWATAN : SAMBILAN


Syarat-syarat pengambilan adalah seperti berikut :-


WARGANEGARA : MALAYSIA
AGAMA : ISLAM
UMUR : 18 - 25 TAHUN
KELULUSAN : SPM (Minimum dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat yang sama)


Borang permohonan boleh didapati di :-

Pusat pengajian Prasiswazah
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan

ataupun melalui pautan pautan berikut: klik di sini

Sila hantar borang permohonan anda ke alamat di atas sebelum atau pada 19 Mac 2010

Nota:

  1. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  2. Hanya pemohon yang disenaraipendek akan dihubungi.
  3. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang tinggal berdekatan dengan Kampus Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.
  4. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 31 Mac 2010 adalah dianggap tidak berjaya.
  5. Bayaran elaun adalah sebanyak RM49.37 bagi setiap hari bekerja.
  6. Makananan dan minuman disediakan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian : 06-798 8145 / 8325



credit to: carikkerja.blogspot.com 

Kasihan burung itu, sarangnya dibakar, telurnya dipecahkan dan kepalanya dipatahkan.. KEJAM!

Friday, March 5, 2010 at 8:25 PM

Panda sebenarnya kasihankan burung seekor ini.. dah la sarangnya dibakar, telur-telurnya pun dipecahkan dan paling sadisnya apabila leher dan paruhnya pulak di patahkan.. macam sudah jatuh ditimpa tangga pulakan.. ahak ahak.. kasihan.. jom la baca kisah sebenarnya ini :)

Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya. Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata,

"Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku. Kerana malu, pemuda itu menjawab,

"Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit?"

"Seekor burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan.

"Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.
Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat. Seorang polis menanyainya,

"Apa yang terjadi?"

"Saya tidak tahu. Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini."

Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya,

"Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?"
Gadis kecil itu menjawab,

"Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!"


Moral of the story.
Jangan nak menipu budak kecik dan hak hak sila gelak :p

Hotel terkecil didunia

Thursday, March 4, 2010 at 9:47 AM
kali nih panda dan kawan-kawan akan terbang ke London untuk melihat sendiri bagaimana rupanya hotel kecil tu.. memang kecik kawan-kawan.. kalau panda masuk.. memang panda sorang jer boleh muat.. hahaha.. sebenarnya hotel nih dia boleh memuatkan seramai 2 orang sahaja didalam satu-satu masa.. dan yang bestnya kan.. hotel ini akan bergerak.. macam gempak kan.. panda suka gerak-gerak nih. eh maksud panda jalan-jalan la.. :)

kawan-kawan nak tau dia bergerak dari mana ke mana? dia akan bergerak ke ZSL London Zoo, Alexandra Palace, The London Eye, Covent Garden dan the Old Royal Naval College, Greenwich. Gempak kan.. hehehe.. sebenarnya hotel nih menjadi tarikan pelancong untuk melancong kat London.. Eee sangat best.. sape mau join panda? hehehe tunggu panda kaya ok kawan-kawan.. setiap kali kita bangun tidur, kita akan dapat free breakfast dan surat khabar.. ok la kan.. panda pun tak suka makan banyak-banyak pagi-pagi ni.. sakit perut susah hati.. hehe

panda asyik bercakap pasal hotel ni je kan.. sebenarnya kawan-kawan tau tak berapa panjang dan lebar hotel ini? jom buat pop kuiz sape cepat dia dapat.. hehe.. ok fikir cepat.. 1... 2.... 3... ok tamat dan jawapannya adalah 29 kaki panjang x 7 kaki lebar.. hehehe.. kecik sangat kan tapi apa yang hebatnya hotel kecil nih sampai semua orang nak cuba menginap disini? jawapannya adalah kemudahan yang disediakan didalam hotel ini. hotel ini mempunyai seorang penjaga pintu, meja check-in, perkhidmatan bilik, TV flat screen, ruangan makan, double bed dan kemudahan en-suite. hotel sekecil ini mempunyai kemudahan macam hotel yang besar. hohoho panda teruja seketika.. ok panda nak tunjukkan hotel terkecil didunia :)

 
  

ok itu jela panda nak ajak kawan-kawan makan angin.. hehe.. jumpa lagi ok dengan sesuatu benda yang lebih luarbiasa :)

Pelaku buang dan bunuh anak adalah MURTAD!

Tuesday, March 2, 2010 at 4:31 PM

ishk apa nak jadi dengan dunia nih yer? sampai anak sendiri pun boleh dibuang.. dah la buang.. ada yang dibakar dan dipecahkan kepada lagi.. apa nak jadi dengan dunia ini? buat anak pandai.. advance lagi dengan gaya-gaya yang pelik-pelik tapi bila dapat anak, main campak merata-rata jer.. ingat anak tuh anak patung apa? cuba la dia fikir kalau dia adalah bayi tuh then mak ayah dia pulak buat macam tuh kat dia.. apa yang dirasa? ada akal yang waras fikirkanla..

nak tau apa kaum panda buat kat anak dia? haa kami kaum panda bukan sahaja pandai buat anak tapi kami juga pandai jaga anak.. macam manusia yang normal dan berhati perut.. dijaga, ditimang, dibelai dengan sempurna sampaila anak-anak panda dewasa.. kenapa mereka yang kejam ini tidak meniru cara kami? tapi siap ada yang menyumpah seranah mengatakan perangai buruk macam haiwan.. aik.. haiwan juga jadi mangsa tapi malangnya haiwan la juga paling pandai jaga anak.

sekarang ada mufti pula mengatakan pelaku pembunuhan bersiri ini dikatakan murtad atau nama lainnya adalah keluar dari Islam!

KUALA LUMPUR - Umat Islam yang siuman dan tidak mengalami cacat akal yang membuang bayi atau membunuh zuriat mereka dianggap sudah terkeluar dari agama Islam atau murtad, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad.
Beliau berkata, ini kerana perbuatan kejam mereka seolah-olah menghalalkan perkara yang haram dan ditegah oleh Islam.
"Kita semua mengetahui bunuh ialah satu perbuatan haram dan berdosa terutama yang menjadi mangsa ialah anak dan zuriat mereka sendiri.
"Walaupun mereka orang Islam tetapi mereka masih melakukan pembunuhan kerana gagal mengawal emosi di mana mereka telah menambah dosa lampau yang dilakukan iaitu zina," katanya. - Bernama

Sepaku Hosting: Antara kebaikan dan Keburukan

at 11:10 AM

ok.. si panda kali nih yang bernaung dibawah domain NetKL dan berhostkan google ingin berkongsi dengan pengikut panda semua tentang Sepaku Hosting. hahaha.. baik pengikutku semua, si panda ini merupakan salah seorang customer Sepaku Hosting yang agak bangga dan kecewa dengan servis yang diberikan oleh Sepaku. Nak tau kenapa? hahaha.. senang jer.. untuk yang bangga, Sepaku menawarkan hosting yang murah dan customer service yang boleh dikatakan cepat. selain daripada tu, ulimited SQL database, unlimited domain dan macam-macam lagi la..

Yang mengecewakannya adalah disebabkan server-server SepakuHosting selalu down. Baru-baru nih si panda punya blog yang lagi 1 itu telah mengalami kehilangan post selama seminggu. wah banyak kan.. bila post hilang, segala komen yang beribu (tipu jer) itu pun hilang juga.. walaupun ada sikit tapi still ada la.. hahaha.. agak mengecewakan jugakla.. 7 hari punya post yang telah aku buat dengan penuh fokus dan saksama itu hilang macam tuh jer.. naya jugak.. ok.. dan dari email yang sipanda dapat, korang nak baca tak? jap sipanda letak kat bawah nih..sikit jer k
Kami juga telah membuat keputusan untuk tidak lagi menjual hosting kepada pelanggan baru disebabkan pelbagai masalah yang timbul. Kami hanya akan meneruskan menjaga customer sedia ada dan juga untuk kegunaan kami sendiri sahaja.

haa dah baca kan, Sepaku sekarang nih dah stop penjualan hosting kepada orang ramai dahulu. Tunggu server pulih sepenuh-penuhnya barula dia nak open balik.. ahak.. itu jela sipanda ini mau berkongsi mengenai hosting yang telah sipanda pakai. Diharapkan pihak Sepaku dapat menjaga customer mereka dengan baik.. ok semua.. panda mau makan bamboo dengan kawan-kawan.. jom join.. ahakx.. c ya

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by SiPanda | XML Coded By SiPanda.com and CahayaBiru