Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

Perempuan hanya menyimpan rahsia hanya untuk 2 hari

Friday, March 12, 2010 at 11:57 AM

Wanita mungkin menganggap diri mereka teman setia kepada rakan mereka terutamanya dalam berkongsi kesusahan dan rahsia. Mereka juga sangat mudah untuk meluahkan perasaan pada teman-teman mereka. Malah, wanita juga merupakan pendengar yang sangat setia.
Namun, awas !. Berhati-hati jika anda ingin berkongsikan sebarang rahsia dengan rakan wanita atau sesiapa sahaja bergelar wanita. Ini kerana, sebuah kajian saintifik yang dikendalikan di United Kingdoms telah mendapati kebanyakkan kaum wanita hanya mampu menyimpan sesuatu rahsia untuk 48 jam sahaja.

Seramai 3000 wanita dari golongan usia 18 hingga 65 telah terlibat dalam kajian yang diketuai oleh Michael Cox, Pengarah Wines Of Chile. Menurut kajian ini juga, golongan ini amat cenderung untuk berkongsi rahsia yang disimpan kepada orang yang rapat dengan mereka seperti suami, teman lelaki, dan juga ibu mereka.

* Kebanyakkan kaum wanita hanya mampu menyimpan sesuatu rahsia hanya untuk 48 jam.
* Seramai 3000 wanita dari golongan usia 18 hingga 65 telah terlibat dalam kajian ini
* 83% dari mereka yang dikaji selidik mengakui yang diri mereka merupakan seorang penyimpan rahsia yang sangat baik.
* Amat cenderung untuk berkongsi rahsia yang disimpan mereka kepada orang yang rapat dengan mereka

Ironinya, 83% dari mereka yang dikaji selidik mengakui yang diri mereka merupakan seorang penyimpan rahsia yang sangat baik. Kajian tersebut juga mendapati wanita mendengar kisah rahsia orang lain sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Namun begitu, 38% dari mereka akan melupakan rahsia tersebut pada keesokkan harinya.

Michael Cox juga menambah alkohol juga merupakan faktor pendorang untuk mereka mendedahkan rahsia kepada orang lain.

Ulasan:
1. aku rasa kajian ini hanya untuk orang barat sahaja.. untuk orang asia, golongan perempuan masih lagi pandai menjaga rahsia masing-masing melainkan mereka ini jenis mulut kepoh.. huhu..
2. kawan-kawan aku yang perempuan takda pulak kepoh macam nih.. haha.. walaupun ada sikit la.. wakakaka.. nasib la..

ps: image macam biasa.. google :)

Kenapa perempuan garang macam singa?

at 12:33 AM

aku nak gelarkan panda ke? hahha.. tak payah la kot.. nanti korang kata perempuan tuh dah la singa ko lak panda.. kena ngap nanti.. hak hak kenyang dia sebulan.. :p ok im joking.. serious nih.. sebenarnya nak tanya betul ke kaum hawa nih memang garang-garang? aku sendiri memang risau tengok perempuan yang garang-garang nih.. tak pasal-pasal kalau jadi bini, banyak ufo akan ditemui.. hahaha.. agak sadis ayat itu...

takda ke kaum hawa yang lemah lembut setiap masa? kalau ada sila tampilkan diri anda.. nak jadikan bini.. hahaha.. macam ayat desperate pulak.. sebenarnya aku nak tau jela sikit kenapa gadis-gadis nih amatla garang sampaikan kalau kucing tengah makan pun sanggup dia sepak.. eh.. aku ternampak perbuatan orang itu.. so.. aku tulis kat sini.. ini adalah fakta.. hahaha.. sila marah kepada perempuan itu!. dan dalam sebulan boleh tak part-part yang merah itu korang jadi tak beremosi? kalau 2 kali part merah tuh.. berdozen kali la korang nak beremosi kan.. hahaha..

kaum-kaum adam nih memang la ganas walaupun ada yang agak normal.. hahaha.. korang kaum-kaum sejenis aku nih semua pahamkan.. bagus la korang.. nanti aku belanja minum air kosong kat rumah sendiri.. hahaha..dah la kami ganas so apa yang kami perlu adalah wanita yang lembut.. bukan ganas jugak.. hohohoh memang takda pro dan cons langsung.. merbahaya.. nanti perang dunia ketiga meletus dengan dahsyatnya.. oh aku dah start merepek.. hahaha..

kenapa bila perempuan stress, dia punya stress tuh melampau-lampau sampai kena migrain la.. kami kaum adam agak pelik dengan situasi ini.. kami kaum adam takda pulak stress sampai macam tuh sekali kan.. hohoho seronoknya jadi lelaki.. sebenarnya ada kelebihan bila kita dijadikan lelaki dan perempuan kan.. cuma.. kaum hawa, sila jaga emosi anda.. kami tersangat la bosan dengan emosi anda yang tidak menentu..

nak tambah lagi? oh jangan.. nanti ada pinggan mangkuk kat rumah korang lak pecah.. semua gara-gara tulisan aku yang sia-sia ini.. hahaha.. so.. sila rehatkan minda anda setelah membaca entry separuh senget ini.. adios~

ps: cute la pulak singa kat atas nih.. hahah selamat cute kan :P

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by SiPanda | XML Coded By SiPanda.com and CahayaBiru