This month is sure one busy month and guess what? Chinese New Year is just around the corner! Surprise your loved ones with awesome deals from #CelcomEveryone!

Sunday, January 16, 2011 at 8:25 PM

Let’s discover a few simple truths and build towards healthier and balanced lifestyle choices. Try out now! #NestleProfiler

at 8:17 PM

How do you like the idea of playing Fruit Ninja on a Samsung Galaxy Tab with your friends? Celcom is having a GREAT SALE & the deals are too good to be missed! #CelcomGreatSale

at 8:10 PM

Panda Melatah!

Wednesday, November 3, 2010 at 9:51 PM
haha.. ok kali nih panda dah start update balik blog nih.. dah lama sangat tinggalnya.. blog yang lagi 1 tuh memang dah start.. so yang nih pulak kita nak start.. untuk kemunculan kembali panda di arena blog ini.. cewahh.. haha.. panda nak share sikit bila panda nih melatah.. hahahah.. korang jangan gelak plak.. kesian panda.. :p papehal.. korang enjoy la yer :)

Avatar - The Last AirBender

Saturday, August 7, 2010 at 1:33 PM

hai muncul kembali :D ok kali nih nak review sikit pasal The Last AirBender yang baru jer panda tengok semalam.. best giler.. aang si budak botak a.k.a last airbender muncul semula selepas hilang tertimbun dalam bola ais gara-gara melarikan diri dari upacara menjadi avatar. bila dia dah muncul semula, dan dia pulak balik ke kampung Air Nation tapi takda seorang pun yang tinggal. semua dah kena bunuh dengan Fire Nation. ala.. sape-sape yang tengok kartun Avatar tuh mesti tau jalan cerita nih.. hehehe.. sama jer..

ok, movie nih pada awalnya memang slow sikit la.. then ada la sikit part lawak. time katara baru belajar kawal air. time tuh la dia terbekukan orang lain.. hahaha.. tapi lama-lama bila dia pergi ke North Water Nation barula dia boleh kawal water element dengan cantik. then aang belajar water element dan last sekali aang halau semua tentera fire nation yang datang ke Water City dengan kuasa air yang sangat besar :D macam pencerita pulak.. haha

panda memang tak reti bercerita. so ini jela kot sedikit review.. papehal memang best.. nak tau lebih pasal cerita nih? pergi la tengok cerita kartunnya.. hehe.. masuk laman web movie nih di link bawah nih..

http://www.thelastairbendermovie.com/

dan sesiapa yang giler nak main game avatar, facebook application pun ada.. cek link bawah nih..

http://apps.facebook.com/becometheavatar

*image credit to Google

Hotmail dengan fungsi baru

Saturday, July 31, 2010 at 10:11 AM
waa sekarang nih hotmail dah semakin hebat.. cuma interface dia gak besar sikit.. tapi sekarang nih..nak delete sekali banyak.. korang takkan jumpa button delete dah.. apa yang perlu korang buat adalah check semua email yang korang nak delete lepastuh right click.. baru korang jumpa fungsi delete.. nice kan :) hehehe.. memang dah macam window pulak.. bagus ada peningkatan..

selain daripada tuh.. antara mukanya agak besar. senang la korang nak cek apa isi kandungan email tuh.. sesuai untuk mereka yang rabun :p ataupun jenis tak suka tulisan kecil.. apa yang boleh aku katakan adalah hotmail sekarang lebih mesra pengguna.. terdapat fungsi terbaru didalam hotmail iaitu fungsi sweep.. aku tak try lagi.. hehehe..

ok.. itu jer untuk masa nih.. ada apa-apa latest tech news. aku share lagi.. daaaa

Panda Go Panda!

Sunday, July 18, 2010 at 11:08 AM

yo kawan-kawan semua.. kali nih nak share 1 movie berkaitan panda.. hahaha.. ok.. tajuknya macam kat atas nih.. aku pun baru jer download.. belum lagi tengok. so jom tengok ramai-ramai.. link nyer ada kat bawah.. pilih la mana-mana hoster yang korang suka :)

kalau nak tengok sinopsis.. masuk la wiki nih.. > http://en.wikipedia.org/wiki/Panda!_Go,_Panda!

http://hotfile.com/dl/41734903/38c6a42/Panda_Go_Panda_1972_DVDRip_Japanese_CS.part1.rar.html
http://hotfile.com/dl/41735109/20e359c/Panda_Go_Panda_1972_DVDRip_Japanese_CS.part2.rar.html
http://hotfile.com/dl/41735182/afb9761/Panda_Go_Panda_1972_DVDRip_Japanese_CS.part3.rar.html
http://hotfile.com/dl/41735260/68c8ba2/Panda_Go_Panda_1972_DVDRip_Japanese_CS.part4.rar.html
http://hotfile.com/dl/41735265/fa31c75/Panda_Go_Panda_1972_DVDRip_Japanese_CS.part5.rar.html

http://rapidshare.com/files/384614899/Panda_Go_Panda_1972_DVDRip_Japanese_CS.part5.rar
http://rapidshare.com/files/384615590/Panda_Go_Panda_1972_DVDRip_Japanese_CS.part3.rar
http://rapidshare.com/files/384615649/Panda_Go_Panda_1972_DVDRip_Japanese_CS.part4.rar
http://rapidshare.com/files/384615720/Panda_Go_Panda_1972_DVDRip_Japanese_CS.part1.rar
http://rapidshare.com/files/384615772/Panda_Go_Panda_1972_DVDRip_Japanese_CS.part2.rar

http://www.megaupload.com/?d=1HP8H14Y
http://www.megaupload.com/?d=1UFJ3RJT
http://www.megaupload.com/?d=45IF9PKL
http://www.megaupload.com/?d=FZFP9629
http://www.megaupload.com/?d=JOP6GDNG
                                       

Blog berat? Jom timbang!

Sunday, July 11, 2010 at 12:24 PM
 picture credit to Google

ok selepas sekian lama aku menyenyapkan diri dari mengupdate blog, harini aku nak share la kot tools yang boleh kita guna untuk menimbang berat blog kita. korang tau tak apa sebab blog kita menjadi berat? ok nak share sikit berdasarkan pengalaman..

1. penggunaan widget yang terlalu banyak
2. penggunaan size gambar yang besar dan berat
3. menggunakan javascript yang di host di tempat lain
4. template tak teratur
5. coding yang terlalu panjang
6. dan lain-lain lagi..
7. pakej internet anda :D


so nak kurangkan berat? senang jer.. buang widget-widget yang kurang perlu seperti widget lagu. kemudian size gambar tuh kalau boleh kecilkan sikit.. buatla dalam size 400x300 atau berapa-berapa pun mengikut kesesuaian. selain daripada itu, javascript tuh kalau nak host diluar, gunala google untuk host javascript anda itu. kemudian, template-template tuh atur la yer.. biar nampak kemas.. jangan berterabur atas bawah.. agak sakit macam tuh.. huhu.. orang yang masuk pun mungkin akan cepat mengeluarkan diri daripada blog tersebut.. :) untuk part coding yang panjang, memang tak boleh nak buat apa la.. coding nih depends kepada developer itu sendiri. yang mana mahir boleh la meringkaskan kalau tak sila compress code anda.. ia dapat mengurangkan berat blog anda..


oleh itu.. sila la timbang berat blog anda disini..

Domain anda: Masukkan domain anda disini (Maximum 10)




(eg. www. sipanda.com)




Super Junior - No Other (English Translation)

at 11:54 AM


There’s no one like you (No Other)
There’s no one like you, even if I look around it’s just like that, where else to look for?
A good person like you, a good person like you, with a good heart like you, a gift as great as you
How lucky that I’m the person who will try his hard to protect you, where else to look for?
A happy guy like me, a happy guy like me, the guy with the happiest smile like me
Your two warm hands gets cold when I’m cold
Your heart that used to be strong becomes sensitive when I’m hurt
Take my hands silently, hold me silently, I’m only wishing for such little comforts
You don’t know my heart that wanted to do more just for you
Call out my heart, free my soul
It always felt like the first time, these remaining days are more than the time that I came to love you
There’s no one like you, even if I look around it’s just like that, where else to look for?
A good person like you, a good person like you, with a good heart like you, a gift as great as you
How lucky that I’m the person who will try his hard to protect you, where else to look for?
A happy guy like me, a happy guy like me, the guy with the happiest smile like me
When my greedy heart gradually search to other directions
When my mind can’t handle whenever my greed grow even more
I know all those reasons that clearly says that you’re here, it’s the only one
I’m always thankful. I could do better as you do

Call out my heart, free my soul
It always felt like the first time, these remaining days are more than the time that I came to love you
There’s no one like you, even if I look around it’s just like that, where else to look for?
A good person like you, a good person like you, with a good heart like you, a gift as great as you
How lucky that I’m the person who will try his hard to protect you, where else to look for?
A happy guy like me, a happy guy like me, the guy with the happiest smile like me
You know, I’m a little bit shy sometimes, you don’t know but you’re burning like the sun, please understand my feelings
Even those girls that appears on TV shows are sparkling, you’re always be the one in my eyes (I’m going crazy crazy Baby)
Hearing you tell me that you love me, I have everything in this world, You & I, You’re so fine, is there someone like you?
I love you Oh, please know it, to me there’s only you, that I stupidly see you as my everything
We arrived on the same road, we’re just the same, how surprising, how grateful, it’s love
There’s no one like you, even if I look around it’s just like that, where else to look for?
A good person like you, a good person like you, with a good heart like you, a gift as great as you
How lucky that I’m the person who will try his hard to protect you, where else to look for?
A happy guy like me, a happy guy like me, the guy with the happiest smile like me

Stadium Cape Town

Monday, June 7, 2010 at 12:17 PM

ok kembali menyebukkan diri disini.. haha..
dalam beberapa hari lagi FIFA 2010 World Cup akan bermula. so tak salah kalau nak share sikit pasal World Cup kan.. ok.. untuk kali nih kita akan lihat stadium di Cape Town.. baru dan bergaya.. cantik dan menawan. lol. ok. rasa macam rugi sikit sebab kurang minat tengok bola tapi still boleh layan.. haha.. tanpa membuang masa.. tengok la video kat bawah nih



Kepada peminat bola, jom kita nantikan perlawanan pertama 11 Jun nih.. oh yeah!

Jom bergembira di Mc Donald's Playland

Sunday, June 6, 2010 at 10:05 AM
hi hi hi.. new update :) ok kali nih bukan apa je pun.. sekadar nak share sikit pasal McD's playland. cantik beb.. kalau McD's plaground untuk kanak-kanak.. sekarang nih McD's playland adalah untuk orang dewasa.. sebab itu la ramai sukakan McD.. hahaha.. im lovin' it. yang ada sekarang nih pun dekat Sydney.. agak jauh kan.. haha.. tapi tak pe.. lama-lama banyak la tuh.. korang nak tengok besar mana playland tuh? jom layan video nih

SiPanda takut lipas

Thursday, May 20, 2010 at 8:13 PM


shhh shhh harini kita nak hidupkan semula blog yang dah lama ditinggalkan dan penuh dengan sarang labah-labah.. masa mengemas ni tadi ya ampun penuh dengan lipas.. waa.. memang menakutkan.. lebih-lebih lagi yang boleh terbang tuh.. memang tak boleh tidur malam la bila dia ada.. selagi dia tak mati, selagi tuh la dia akan merayau-rayau depan mata nih.. pernah sekali tuh.. masa tengah mandi.. dah nampak dia, ok la lagi.. so panda pun bukak la lubang air tuh kan.. jirus-jirus dia sampai la dia jatuh.. ok lepas tuh boleh mandi dengan aman..

masa tengah mandi tuh tiba-tiba rasa lain macam jer.. hmm hati dah tak tenang.. tengok bawah.. ehh.. ada pulak lipas tuh kak kaki.. mau tak menjerit 1 rumah boleh dengar.. apa lagi hentak-hentak kaki sampai dia jatuh pastuh pakai tuala dan lari keluar.. hahhaa.. itu la pertama kali terkena macam tuh.. sejak tuh makin phobia.. ingatkan dia dah jatuh dan masa kita mandikan air jatuh dalam lubang tuh.. ingatkan dah mati lemas.. rupa-rupanya dia naik semula.. whohhh.. pengalaman paling menakutkan.. lagi takut dari ambil exam.. hahaha.. kemain penakut lagi kan dengan makhluk tuhan sekor nih..

disebabkan lipas nih terlampau banyak jenisnya, so panda pun dah kurang la sikit perasaan takut tuh.. cuma kalau panda jumpa yang jenis terbang tuh.. mintak maaf la yer banyak-banyak.. jangan harap panda akan duduk kat tempat tuh.. macam ada masa tuh.. makan kat kedai makan.. tempat tuh memang best.. malangnya.. kat pokok-pokok sekitar tuh penuh dengan lipas.. OMG..

kalau korang makan kat kawasan tuh.. memang tak sah kalau tak nampak lipas yang terbang tuh.. eiiiiii.. masa menaip nih pun meremang jer bulu tengkuk nih.. dia akan terbang berlegar-legar atas kepala.. kadang-kadang sedap jer dia landing kat badan kita.. time tuh.. memang macam nak menjerit.. selamatla memang jenis suka pakai baju 2 lapis.. so apa lagi bukak baju tuh kipas-kipas la.. heiii memang seram..tempat tuh pun ada tikus yang sangat besar.. macam kucing dah.. giler la.. besar sangat sampai kucing pun takut.. hahhaa.. ada satu masa tuh tikus tuh lalu.. kucing tuh yang lari.. hahaha.. terbalik pulak..

eh dah panjang pulak menaip.. hahaha.. itu jela dulu.. masa nak ambil gambar lipas kat google pun rasa tak best jer.. stil ada alahan dengan lipas.. woo adakah sampai tua panda akan begini? agaknya mati awal la sebab terkejut tengok lipas.. hahaha..

Mismatch

Friday, April 16, 2010 at 3:39 PM
Just a funny story that i want to share with you.. have fun! :)

At 85 years of age, Morris married Lou Anne, a lovely 25 year old.

Since her new husband is so old, Lou Anne decides that after their Wedding she and Morris should have separate bedrooms, because she is concerned that her new but aged husband may overexert himself if they spend the entire night together.

After the wedding festivities Lou Anne prepares herself for bed and the expected “knock” on the door. Sure enough the knock comes, the door opens and there is Morris, her 85 year old groom, ready for action.

They unite as one. All goes well, Morris takes leave of his bride, and she prepares to go to sleep.

After a few minutes, Lou Anne hears another knock on her bedroom door, and it’s Morris. Again he is ready for more “action”. Somewhat surprised, Lou Anne consents for more coupling. When the newly weds are done, Morris kisses his bride, bids her a fond good night and leaves.

She is set to go to sleep again, but, aha you guessed it - Morris Is back again, rapping on the door, and is as fresh as a 25-year-old, ready for more “action”. And, once more they embrace each other.

But as Morris gets set to leave again, his young bride says to him, “I Am thoroughly impressed that at your age you are so energetic. I have been with guys less than a third of your age who couldn't match up to you. You are truly a great lover, Morris.”





Morris, somewhat embarrassed, turns to Lou Anne and says: “You mean I Was here already?”






For those of you who still didn't get it, here's the moral of the story: Don’t be afraid of getting old, Alzheimer’s has its advantages!!! :D

Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung!!!

Monday, April 12, 2010 at 8:13 PM
ini merupakan kisah bukan benar dimana ianya tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takdak siapa nampak cara aku
mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat
sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak
benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk
giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal
dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah
langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik
kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa
aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi
kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain.
Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi
kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik.
Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa
aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan
masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!
Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku!
Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh.... sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa
malu kalau cheq pakai tudung. Salah ka kalau cheq nak tutup aurat cheq?
Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! labuh pelempang ke muka aku sekali lagi
sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak
pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI
TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama,
hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja!
Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki!
Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena
tampaq, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

............ ......... ......... ......... ....

p/s:sekadar perkongsian untuk menghilangkan tension semoga hari esok bertambah ceria dan bersemangat untuk meneruskan hidup dengan lebih berkualiti.

credit to myfriends from facebok..

sipanda hilang kerana tersisih?

Thursday, April 8, 2010 at 11:39 PM
hai hai hai.. dah lama tak menulis kat blog nih.. menulis ke? takda la.. menaip jer.. huhu.. dah lama kan korang tak nampak panda mengarut kat blog kan.. blog walking pun dah lama tak dilakukan.. hohohoho.. jangan sedih yer kawan-kawan.. bukan lupakan korang semua cuma tahap kemalasan dan tahap kebizian yang datang tuh bertambah-tambah dengan laptop yang rosak... argh malasnyer nak menaip pakai pc kat rumah.. slow like a snail walking on a road.. tersangat slow...

minggu hadapan kalau takda halangan aktiviti blog walking akan dilakukan seperti biasa.. itu pun kalau projek PSM dah siap la.. present 20 April nih.. harap-harap berjalan dengan lancar dan saksama.. so.. cuma nak update pasal benda nih jela...takda benda sangat nak bagi tau.. hehehe.. ok la.. itu je nak bagi tau.. jumpa lagi nanti... :D

Pertemuan dengan blogger di Dataran Pahlawan

Saturday, March 27, 2010 at 10:38 AM
hello kawan-kawan.. dah lama tak menulis kat blog nih.. actually panda sedikit kurang sihat la.. demam.. batuk dan selsema.. waa terseksa jugak la.. huhu.. batuk kering pulak tuh.. sekali batuk berdarah.. aiyak... mentang-mentang banyak darah dalam badan nih..huhuhu.. ok.. cuma entry kali nih nak bagi tau la sikit pasal perjumpaan blogger di Melaka pulak yang dikelola oleh bro Zool..
Tarikh : 28 Mac 2010 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dataran Pahlawan / Depan A Famosa
 so siapa-siapa yang boleh join tuh datangla beramai-ramai ok.. support abang zool kita... hehehehe.. jumpa nanti di entr yang formal ok.. bye...

Bayi-bayi aneh dan unik didunia

Friday, March 19, 2010 at 11:32 PM
panda back dengan sesuatu yang baru.. ya memang baru.. kali nih kita lihat pulak bayi yang pelik dan unik.. kalau entry sebelum nih panda bercerita pasal ibu-ibu yang unik.. kali nih anak-anak pulak yang unik.. panda suka benda yang unik.. hehehe.. so tanpa membuang masa jom baca seterusnya entry nih..

1. Bayi terkecil didunia

24 Oktober 2006 mencatatkan sejarah dengan kelahiran bayi terkecil didunia.. seorang bayi bernama Amilia Taylor telah dilahirkan pada usia kandungannya 21 minggu 6 hari.. tidak pernah ada bayi yang hidup selepas lahir kurang dari usia 23 minggu tetapi Amilia yang hanya memiliki berat 1 kg boleh lahir dengan sempurna. Amilia juga boleh bernafas sendiri tanpa menggunakan alat pernafasan dan pernah juga dia cuba untuk menangis.

2. Bayi 20 kg

Bayi ini lahir di Iran dimana usianya 7 bulan, beratnya mencecah 20kg.. whoa.. gempak kan.. gemuk giler bayi nih... lahirnya normal dengan berat 3.6 kg tapi lepas itu, bayi tuh setiap jam mesti makan tanpa henti.. kuat kan nafsu makan budak nih.. hahaha.. dia nak jadi panda kot.. :p

3. Bayi cyclops

Tahun 2006 lagi sekali dicatatkan keanehan dengan kelahiran bayi bermata 1. ini yang direkodkan la..yang tak direkodkan ada banyak.. hehhee.. pakar perubatan mempercayai bahawa telah berlaku mutasi terhadap gen pada budak nih disebabkan ubat eksperiman anti kanser. selain daripada tuh bayi nih jugak mempunyai kelainan kromosom yang agak pelik dimana bentuk kromosom bayi nih dipanggil cyclopia. dia dilahirkan dengan 1 mata di dahi, tidak berhidung dan otak nya berkumpul dibahagian sebelah jer.. berlainan kan dari manusia biasa.. otak manusia ada 2 belah..  dan bayi nih pun mati selepas beberapa hari.. maybe sebab dia tak boleh bernafas dan juga otak nya mati kot..

4. Bayi mirip katak

sekali lagi kepelikan berlaku pada tahun 2006.. 2006 nih memang musim pelik agaknya.. bayi katak ini dilahirkan di charikot.. india kot.. bayi nih tak ada leher dan kepalanya hampir tenggelam pada bahagia tubuh atasnya dan mata bayi tuh tersangat besar seperti biji matanya nak terkeluar.. teringat pulak kisah world record seorang perempuan negro yang keluarkan matanya dari kelopak.. hahaha.. macam nih la lebih kurang.. tapi bayi tuh mati lepas 1 jam dia lahir.. pelik.. memang la mati awal.. heheheh.. bayi nih dilahirkan dengan berat 2kg dan dia lahir pada usia kandungan yang normal.. iaitu 9 bulan.. macam-macam dunia nih kan...

5. Bayi raksasa

ok yang terakhir.. bayi nih lahir dengan berat 8.7 kg dan panjangnya 62 cm.. lahir di sumatera utara. bayi nih lahir dengan operasi caesar.. means dia lahir bukan dengan cara biasa.. perut mak dia kena bedah la.. hehehe..  so bayi nih hidup macam biasa.. :)

Ok nanti panda post lagi sesuatu yang baru.. have a nice day~

Kumpulan ibu-ibu yang unik di dunia

Thursday, March 18, 2010 at 11:46 PM
another world record.. yeah panda suka world records.. seronok.. hahaha.. sapa-sapa nak join panda masuk world records? kita buat aksi panda main basikal sambil jalan atas air.. hahaha.. panda dah melalut.. ok kawan-kawan semua.. dengan ini.. panda presenting ibu-ibu yang unik didunia ini.. sila tepuk tangan.. dengan ini sila hargai ibu anda dengan baik ok.. jangan buat mereka menangis (part nih sedih pulak).. baik lah tanpa membuang masa dan upaya panda merasmikan kumpulan ibu-ibu unik.. sila lihat dengan teliti yer :)

1. Ibu yang melahirkan 8 anak sekaligus

SiPanda: ok panda lihat ini macam busung yang sudah mahu meletup.. giler la.. -.-

2. Ibu termuda didunia (5 tahun)

SiPanda: Ini yang panda cakap semalam tuh.. budak kecil yang mengandung.. giler la..

3. Baru menjadi ibu pada umur 70 tahun

SiPanda: Baru dapat rezeki.. alhamdulillah..

4. Ibu yang sering melahirkan anak (69 anak)

SiPanda: wah wah ramai giler anak dia.. rezeki mesti mencurah-curahkan :)

5. Ibu "lelaki" pertama didunia

SiPanda: asal perempuan tapi last-last jadi lelaki.. tapi isterinya pulak tak boleh mengandung.. last-last dia pulak mengandung balik.. hahaha

6. Ibu tertua yang melahirkan bayi kembar

SiPanda: nenek nih dah tua pun masih ada anak.. tak monopouse lagi ea.. hehehe.. kembar lagi :p

7. Ibu pengganti yang paling subur (12 anak)

SiPanda: Ibu tumpang.. memang la kena subur.. hehehe..

8. Ibu terkecil

SiPanda: mak sape yang kecil macam nih.. kesian tuh masa mengandung... ishk3..

9. Ibu dari bayi terkecil didunia

10. Ibu yang memiliki anak dengan jarak terjauh (41 tahun)
SiPanda: yang ini hmm panda kurang paham.. hahaha

Kesimpulannya: sila hargai ibu-ibu anda dan sayangilah mereka :)

[18SX] Rekod dunia di Dunia Seks

Wednesday, March 17, 2010 at 6:36 PM

tajuk kali ni panda nak labelkan sebagai rate 18.. ada sesiapa yang berumur dibawah 18 tahun ataupun yang sudah melangkaui umur 18 tahun tetapi mempunyai pemikiran yang tidak open, panda galakkan kawan-kawan tidak membaca rekod dunia ini.. hehehe..

ok mari kita mulakan explorasi minda tentang rekod dunia seks.. hahaha.. panda dah rasa segan sikit.. tapi apa kan daya, panda suka share sesuatu yang advance.. eh advance ke? ada la jugak :) ok kawan-kawan, seks merupakan salah satu cara untuk menguatkan hubungan baik antara suami dan isteri.. seks juga dapat memberikan keyakinan sesorang bahawa si suami mencintai isterinya dan juga sebaliknya. Malangnya seks juga disalah gunakan oleh budak yang masih mentah!! mentah lagi.. sampai sanggup merogol sepupu mereka sendiri..

ok itu untuk mukaddimah.. isinya sebenarnya ada kat perenggan ini.. rekod dunia ini akan bosan tanpa kepelikan sesuatu itu..

1. Lelaki Dengan Keturunan Paling Banyak
Moulay Ismail Ibn Sharif adalah lelaki yang berasal dari Morocco yang hidup pada abad ke-17, memiliki keturunan sebanyak 1.042 orang hasil hubungannya dengan 500 isteri dan juga pembantunya.

panda: wah banyak nya anak dia.. sape nak anak banyak macam nih? mesti rezeki melimpah ruah.. hehehe

2.Wanita Paling banyak Melahirkan anak
Seorang isteri petani di Shuya, Moscow Timur melahirkan sebanyak 27 kali diantara tahun 1725 hingga 1765. Ia melahirkan 16 pasang anak kembar, tujuh kali melahirkan anak kembar tiga dan empat kali melahirkan anak kembar empat.

panda: ini pun sama.. hahaha.. penat nya la dia nak beranak kan..

3.Alat sulit lelaki Terbesar
Menurut data yang tercatat, ada seorang lelaki yang memiliki alat sulit sepanjang 34 cm dan lebar 16 cm! Lelaki ini diukur bahagian alat sulitnya oleh Dr. Robert L. Dickenson pada abad ke-20.

panda: erk.. panda no comment

4. Alat sulit Terkecil
Ada yang terbesar, pasti ada pula yang terkecil. Alat sulit terkecil yang pernah ditemukan adalah hanya sebesar 1 cm. Kononnya, memang ada beberapa lelaki yang memiliki alat sulit seperti ini, yang disebut ‘micropenis’, dimana alat sulit lelaki tersebut terletak didalam tubuh.

panda: erk.. panda no comment juga

5. Pesta Seks Terbesar
Sekumpulan orang di Jepun mendapat penghargaan rekod di dalam dunia seks kerana menyelenggarakan pesta seks terbesar, dengan 250 pasangan yang mengikuti dalam acara yang cukup extreme tersebut.

panda: jepun memang 1 negara yang sangat pelik pun.. acara-acara yang dibuat pun pelik.. siap haritu ada pulak pesta kondom.. laki perempuan sambut.. *pengsan*

6. Bapa/Ibu Termuda
Shaun Steard berusia 12 tahun ketika mendapat penghargaan sebagai ayah termuda, namun banyak orang meyakini masih ada ayah berusia lebih muda darinya yang tidak di catat dalam rekod dunia. Dan sebagai ibu termuda di dunia adalah Lina Medina, yang melahirkan seorang anak di usia 5 tahun!.

panda: hahaha.. bapak dan emak kahwin awal la kot.. tak pun... (sila andaikan sendiri)

7. Ejakulasi Paling Jauh
Ejakulasi lelaki yang jaraknya paling jauh, yang pernah tercatat adalah sejauh 6 meter dan rekod ini dipegang oleh lelaki yang berasal dari Amerika Serikat, Horst Schultz. Sementara untuk wanita sejauh 3 meter, namun identiti sang wanita tak dipublic kan..

panda: erk.. panda no comment.. agak sensitif

Jadi apa yang panda boleh simpulkan kat sini adalah.. Dunia kita yang serba aneh ini memang tetap aneh sampai bila-bila.. :)

panda: sekian~

Apabila wartawan Malaysia melenting..

Tuesday, March 16, 2010 at 7:36 PM

kali ini kita lihat wartawan-wartawan malaysia yang melenting.. kah kah kah.. nak tergelak pun ada wei.. semalam kutuk kutuk UniMAP harini melenting sebab kena kutuk pulak.. hahaha.. kawan-kawan.. jom gelak ramai-ramai.. ok.. cukup sikit.. gelak banyak-banyak nanti dosa pulak.. kami sebagai rakyat Malaysia memang la tidak suka menjaga tepi kain orang.. hmm walaupun ada segelintir la.. sape nak jadi wartawan sila fokuskan minda anda untuk menerima sebarang kritikan dari kami.. kebanyakkan adalah dari facebookers dan juga bloggers. oh yer.. sebelum aku terlupa.. nak tau dari mana aku dapat source ini? hahaha.. dari KOSMO sendiri la.. ini beritanya... Laman Hina Wartawan Hiburan Malaysia. Secara tak langsung aku mempromosikan KOSMO kan? hahaha.. :p

ok.. lepas aku baca nih aku pun dengan senang hati sambil menyanyikan lagu lalalala~ ada ke? ok abaikan.. ok.. aku nak share la laman web yang menghina wartawan nih.. nak tau? semestinya FACEBOOK. sila clik facebook itu untuk melihat sendiri fan page All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks. 


Hehehe nasibla yer.. aku sendiri pun malas nak masuk campur dalam hal-hal macam ni.. kasihan korang.. lebih-lebih lagi program Terjah.. ramai sangat orang kutuk.. kutuk kutuk pun TV 3 jalankan juga program nih.. ramai tuh yang jadi penontonnya.. (termasuk aku sendiri.. kalau ada masa la.. ). hahaha


yang kasihannya gambar abang Nas terpampang kat depan tuh.. dalam program terjah tuh pun aku rasa takda pun abang Nas terjah benda yang panas.. bukan macam wartawan lain.. macam si mulut becok tuh.. hahaha.. malas sangat nak dengar dia gelak.. rosak telinga haku dan panda-panda yang lain.. hahhaa.. sebenarnya fan page nih jadi famous sebabnya KOSMO la mengeluarkan artikel yang memakan diri sendiri nih.. so.. anda tulis anda sendiri la yang tanggung..


ok.. aku stop dulu la.. dah maghrib.. kita jumpa lagi di lain entry.. :) salam panda untuk semua..~
latest update: Seniman saran Terjah dihentikan, Nas bertahan ini latest news mengenai rancangan Terjah tu.. 

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by SiPanda | XML Coded By SiPanda.com and CahayaBiru